Tuesday, 3 September 2013

bila harga minyak naik

Salam

Pasti semua dah sedia maklum pasal kenaikan minyak baru-baru ni kan.bila petrol ron95 naik dari RM1.90 kepada RM2.10 dan diesel pulak dari harga RM1.80 naik pada RM2.00.maka kenaikan sebanyak 20 sen telah dibuat oleh kerajaan.nampak 20 sen tu sikit jek kan.tapi pada mama banyak woo..sapa nak bagi 20 sen kan.bila harga minyak naik, sudah pastilah yang lain-lain pon ikut naik kan.okey mama listkan secara ringkas kesan dari kenaikan harga minyak ni.

1) Harga barang-barang mentah naik.
    - part ni semua mesti dah sedia maklum kan.masa ni berebut-rebutlah para peniaga nak 
      naik kan harga barang.alasan simple dan kita ni sebagai pengguna kena terima jek.kalau 
      tak terima maka korang tangkaplah ikan sendiri kat laut, pastu tanam sayur sendiri.tak 
      payah nak beli-beli okey..errmm...camana tu kan????

2) Harga segala barang-barang  naik
     - Okey bab ni yang paling menyusahkan rakyat pada mama.korang bayangkan lah bila harga barang mentah naik, maka kos-kos lain tu turut ditambah.contoh biasa korang beli harga kerusi plastik dalam RM10.bila semua kos-kos nk buat kerusi tu naik, maka keseluruhan pon akan naik jugak.maka harga akan naik ke RM10.90.angka kat depan tu still 10.tapi nilai tambah tu sampai 90 sen.banyak kan.ni contoh jek.

3) Harga makanan naik
    - susah nak komen part ni.semua pon dah sedia maklum.bila minyak naik, maka berlumba-lumba lah mereka ni nak naik kan harga.iyelah kos-kos lain dah naik kan.kalau nk harga sama, kuantiti makanan dikurangkan.adil kan.errmmm...sambil garu dagu.rasanya orang meniaga makanan ni jarang rugi kalau masakan tu memang sedap kn.bak kata mak mertua mama, sepanjang dia meniaga kedai makan ni tak rugi pon.banyak untung lagi ada.tu mak mertua mama yang cakaplah.rezeki masing-masing kan.

4) Harga tambang pengangkutan awam naik
    - kesian bila teringatkan zaman dulu-dulu guna pengangkutan awam.memang terasa wei bila tambang bas di naikkan.golongan yang berpendapatan tak seberapa dan nak berjimat gunakan pengangkutan awam terpaksa lah buat rombakan kewangan mereka.lagi-lagi kalau gaji tak naik.nak catu yang mana satu ni.makin ramai lah orang tak kawen camni.iyelah mana nak simpan duit, mana nak antar kat orang tua kt kampung.sedih pulak dengar camni.dan makin kuranglah anak-anak balik ke kampung jengah mak bapak.kalau yang dekat okey lagilah.at least 2 minggu or seblan sekali.kalau yang jauh, memang setahun sekali lah gamaknya balik.sedih..:(

5) Harga yuran pengajian pon naik
    - korang ingat takde kene mengena ae.ade wei..mesti dieorang ni akan naikkan yuran pemgajian tak kira dari yang sek tadika, rendah, menengah dan kat IPT.korang bayangkan kalau satu family tu punya anak yang ramai untuk bersekolah.berapa banyak duit si bapa dan ibu perlu sediakan.sedangkan budak sek tadika pon kena bayar segala keperluan hampir ke 4 angka.jadi tu belum anak-anak yang lain.mama pon pernah merasa bila kami 7 beradik sekolah serentak.sian abah time tu.terpaksa buat  banyak kerja untuk besarkan kiteorg.:(.maka mak bapak sekarang kena lah menabung untuk anak-anak sek ae.ke ada yang cakap PTPTN kan ada.apa ade hal kan.mama kalau boleh tak galakkan anak-anak ambil PTPTN ni.korang bayangkanlah yuran perkhidmatan die tinggi okey..mama ni salah sorang peminjam.memang sesak nak habiskan bayar.tu terpulanglah...lain orang lain caranya.

6) Kes jenayah makin meningkat
    - sapa kata takde kena mengena.cuba korang bayangkan bila kos hidup semakin tinggi, maka manusia ni jadi terdesak.terdesak nak beli macam-macam pastu duit tak cukup.lagi-lagi bila kehidupan orang kaya-kaya jek kat tv dok tayang.pastilah orang yang terdesak ni nak jugak ada.bila berkerja dengan nilai gaji yang tak seberapa tu, maka carilah mereka ni alternatif yang lain.cepat dan tak yang susah-susah.maka mereka yg terdesak ni lah akan mencuri, merompak, peras ugut orang dan macam-macam jenayah lain lah yg boleh datangkan duit pada mereka ni.nampak tak kesan tu.ke ada yg nak cakap, 'syukurlah negara kita masih aman'.klise jek ayat tu kan.ermm..garu dagu lagi.

rasanya cukup lah kot mama list kan kesan bila harga minyak naik.yang lain-lain tu korang fikirlah sendiri.mesti dah ada jawapan sendiri kan.mama pon pakar pon nak cakap mengenai ekonomi semua ni.tapi pada yang pakar tu, fikir-fikir lah tentang nasib rakyat.kurangkan sifat boros tu kalau nak rakyat contohi anda semua ye.apa yang tak patut tu tak payah ada kan kot kan.dan apa kata semua kereta untuk urusan rasmi kerajaan tukar pada kereta wira.jimat minyak sikit kan.agak-agak korang pak menteri nak tak.hahaha...hanya cadangan jek.kalau tak nak guna pakai pon takpe.kalau guna pakai, memang gua respect lah..hahahaha...

okeylah terbanyak sangat tulis.tulisan yang penuh emo.hahaha...ni cuma pandangan peribadi jek.takda sangkut paut tentang politik ye.tak kira sape pon kerajaan yang memerintah, pada mama tak banyak beza.kenapa mama cakap camtu..pada mama politik sekarang hanya untuk kepentingan diri sendiri.bukan nak bela rakyat semata-mata.kalau ade pon berapa kerat jek kot.nak tak nak kita rakyat kena terima apa yang ditetapkan oleh kerajaan kan.syukur..hanya ALLAH jek dapat membalas semua ni.

Tuesday, 27 August 2013

Gathering Hari Raya di Villa D'faro A famosa Resort

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas mama dan kawan-kawan ada buat gathering.nak tau kat mane?tempat yang best dan sesuai bagi kiteorang and sesapa yang nak pergi bercuti secara berkumpulan dan juga yang ada anak kecik macam kami semua.hehehe.ceteke..ceteke.dah lah tak nak teka sangatlah kan.gathering kali ni kami buat kat Villa D'faro di afamosa resort.untuk info semua, villa ni betul-betul ada kat dalam afamosa.jadi amat sesuai lah kalau yang nak mandi manda dan jalan-jalan kat famosa resort untuk stay kat villa ni.

kat villa yang kami duduk ni, ada 4 bilik dan 2 bilik air.setiap bilik tidur ada aircond.jadi tido anda pasti nyaman.villa ni jugak ada disediakan peti ais, microwave, kattle, rice cooker, dapur dan peralatan untuk memasak.kalau nk buat bbq pon boleh.ade tempat bbq yang dia sediakan.cuma bawak jaring, arang dan makanan yang korang semua nak masak.mudah kan.jadi tak payah keluar cari makan kat luar.sambil berbbq tu boleh mandi di swimming pool.macam villa yang kami duduk ni, swimming pool dia kat depan rumah.jangan risau ade pokok2 yang dia  tanam.jadi bila mandi tu takdelah orang lalu lalang depan rumah nampak korang mandi.hehehe..

best tak villa yang mama cakap ni.kiranya pada sesiapa yang nak spend time lame bersama family atau kawan-kawan, rasanya ni tempat yang sesuai untuk korang pergi.berbaloi-baloi tau :D.selain villa, kat afamosa resort ni ada macam-macam antaranya water world (untuk yang nak mandi kat waterpark), safari nigth, cowboy town (dua-dua ni kalau tak silap mama dia ada pada waktu malam jek).ada jugak pintball.banyak lagi lah.kalau nak tau datang sendiri lah.mama pon tak pergi jalan-jalan kat afamosa tu.

kiteorg cume lepak-lepak kat villa sambil makan dan mandi kolam.satu family bawak dish sendiri dari rumah.sampai sana terus ngap..makanan haruslah berkonsepkan hari raya kan.ada ketupat, rendang, ayam goreng, lodeh, spageti dan macam-macam lagilah.takde gambar makanan.dah leka makan sampai lupa nak snap gambar makanan.huhu..aktiviti pon dah cukup best tau.tak caya, pergilah book villa tu cepat.mama dapat contact no. ni semua dari mudah.com.mula-mula tu ragu-ragu jugak kn.iyelah die offer harga untuk villa tu cuma rm500 jek 1 malam.yang lain mama survey harga semua atas 600 hengget ok.jadi kami share untuk 4 family.so korang kira lah sendiri 1 family kena bayar berapa ye.kat situ memang jimat berbaloi-baloi.best tak..hihihi..

dah lah malas nak cerita banyak.biarlah gambar menceritakan semua.psstt...jangan jeles tau gambar kiteorang berbaju raya di tepi kolam tau.hihii...dah macam shoot untuk majalah mangga.kali ni punye trips memang paling best.selain dapat jumpa kawan-kawan, dapat jugak berhari sama-sama di villa ni.kawan-kawan next time kita plan lagi camni ae.semoga persahabatan kita ni kekal sampai bila-bila...sayang korang semua.muuaahh..:-*


mandi kolam..

wajah mama-mama..
papa-papa dan anak lelaki...

kami..:D
gambar setiap family..
candid by us..

gambar tepi kolam


cadid di tepi swimming pool
Selamat hari raya dari Damai sekeluarga.hehehe..


***kalau sesiapa yang nak book villa ni boleh contact no. ni ye 019-3909154 (Wafi/Nor)

Tuesday, 20 August 2013

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

walaupon arini dah masuk 14 syawal. rasanya tak terlambat kot mama nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin untuk semua yang mengenali mama.tak kira lah yang kenal rapat atau yang kenal gitu-gitu jek.janji yang kenal mama kan.walaupon mama ni bukanlah orang yang popular.hahaha...hamboi ayat nak best jek kan.teruk..teruk...

untuk tahun ni kami sekeluarga beraya di belah mama.yakni beraya di kota tinggi.sebab pertama memang turn site mama.dan sebab kedua mak dan bapak mertua mama balik kampung nun jauh disana..:(.ni pon belom balik ke malaysia.dijangka mungkin hujung minggu ni baru lah mereka balik ke sini.

takpe lh...raye kan sebulan.jadi sempat lagi nak bermaaf-maafan.hehehe...saja nak cerita raya tahun ni, semua adik beradik berkumpul.seronok weii...bukan selalu dapat rasa camni okey..dan part yang paling best tahun ni jugak macam-macam kiteorang masak untuk juadah hari raya.selain ketupat sebagai juadah wajib.abang mama yang dari kedah tu menunjukkan bakat buat lemang.sedap okey itu lemang..lembut sangat...memang terbaek lah.

juadah lain ade jugak ketupat palas.part ni memang kakak ipar yang dari kedah tu yang buat.lauk-lauk lain tu biasalah ayam masak merah, rendang daging, sambal goreng jawa dengan sambal kacang.makan sampai boncit..hahahaha...malas nak bebel banyak-banyak, jom layan jek lah gambar hari raya kami.:D

Gambar kami sekeluarga di pagi hari raya



Gambar di hari raya ke-2


Keluarga mama
lagi kelaurga mama
Keluarga besar saya...
mama dan adik-adik
ketupat yang sedang merebuskan diri..huhuhu
lemang buatan sendiri oleh abang mama..
 

Friday, 26 July 2013

Bila kita yang terpilih...al-fatiha..

Assalamualaikum..

baru-baru ni kita digemparkan mengenai seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang meninggal dunia akibat ditinggalkan di dalam kereta lebih dari 5 jam.semua pon dah sedia maklum mengenai kes ini.kat sini mama tiba-tiba terpanggil nak ulas mengenai benda ni.yup..ramai yang akan salahkan si ibu.betul tak???sebab perkara ni berlaku disebabkan kecuaian ibu.sebab masa tu si ibu yang terlupa perihal anak yang ada di kerusi belakang kareta gara-gara terkejar-kejar untuk menghadiri mesyuarat.

selepas kerja semua selesai, dia pon kembali ke kereta dan dapati dia dah terlupa anak yang tertinggal di dalam kereta.sepatutnya dia hantar anaknya ke rumah pengasuh.tapi segalanya telah tertulis.si ibu mula diuji oleh ALLAH.terus tesentap jantung, bila melihat keadaan anak yang kebiruaan yang tak sedarkan diri.Ya ALLAH sungguh berat dugaanMu ini pada si ibu.pada ketika hanya air mata saja yang dapat menggambakan betapa rasa bersalahnya pada si anak.

rakan-rakan yang berada disitu terus memberi pertolongan dengan membawa anak kecil tu ke klinik berhampiran dan doctor mengesahkan si anak sudah pergi menghadap yang Maha Esa..lagilah meruntum hati si ibu bila doctor memberitahunya yang anaknya dah tiada lagi.Allahuakhbar...tiada kata yang dapat diperkatakan lagi.dikala ibu ni sedih diatas kehilangan anak tersayang, dia dihujani dengan pelbagai kata-kata yang penuh sinis dan makian yang menyalahkan dia atas kematian anaknya.

kanapa lah ada manusia yang sebegini rupa.sesedap rasa menunding jari menyalahkan si ibu tanpa mengetahui perkara yang sebenar.perlukah kita melontarkan kata-kata yang hanya menjatuhkan manusia lain.cuba letak diri kita sendiri ditempat beliau, apa yang kita sendiri rasa.sudah semestinya akan merasa terlalu down dan perasaan terlalu bersalah menghantui diri.tak kasihan ke pada beliau.dah lah kehilangan anak, lepas tu terpaksa menerima pelbagai kata-kata negatif yang boleh membuatkan dia separuh gila???

mama pon seorang ibu..ibu mana yang mahu lihat anak sendiri yang dikandung lebih 9 bulan pergi dalam keadaan penuh tragis begitu..cuba bagitau mama..hanya ibu yang tak waras dan berhati syaitan sahaja sanggup bunuh anak sendiri.cukuplah menyalahkan si ibu, kerana dia pon tidak tahu percaturan hidupnya sebegitu rupa.segalanya caturan ALLAH.ALLAH memilih dia untuk menempuhi semua ni.ALLAH tak kan menguji hambaNya diluar kemampuan manusia itu sendiri.maknanya anda mampu walaupon perit untuk menerima.sepatutnya kita yang mempunyai akal fikiran untuk berfikir, ambil iktibar dari apa yang telah berlaku.

untuk si ibu, kuatkanlah semangat.anak anda pasti akan sedih melihat anda bersedih sebegini.percayalah dia tak kan salahkan anda dengan apa yang telah berlaku.ni semua kehendak ALLAH.setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.pasti semua perkara akan berjalan dengan baik.pada ahli keluarga lain terutama suami, berikanlah semangat untuk isteri anda bangkit dari apa yang telah berlaku.ALLAH memilih anda dalam perkara ni bagi memberi pengajaran untuk manusia lain.ALLAH tak pernah kejam pada hambaNya.percayalah..pada adik Nawal Irish, damailah kamu disana menjadi bidadari syurga.nantikan ibu dan ayahmu disana.al-fatiha..

Tuesday, 23 July 2013

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum..

Salam ramadhan untuk semua umat Islam.rasa tak terlambat lagi kot nak wish.walaupon arini dah masuk ke ramadhan yang ke-15.hehehe..yang penting masih dalam bulan ramadhan kan.kan..:D.seronok tahun ni mama dapat berpuasa.sebab tahun lepas mama tak dapat puasa langsung.iyelah masa tu dalam pantang lahirkan anak.sob..sob..:(.

seronoknya tahun ni anak bujang mama tu pon sudah boleh join masa bersahur dan berbuka.maknanya berbuka bertiga lah.walaupon hakikatnya dia tak puasa.hehehe...part yang paling best time buka puasa, aman yang sibuk nak join kami berbuka mintak mama pangku dia.kalau tak dapat, memang menangis lah jawabnya.apa yang mama makan semua dia nak.mama ni mestilah tak sampai hati tengok anak sendiri buat muka kesian minta disuap, maka memang berkongsi lah semua makanan dengan dia.huhuhu..

takpelah anak punya hal.apa ada hal kan..tak baik berkira.hihihi...apa yang mama tengok aman ni semakin besar, semakin besar jugak lah selera makan dia.pantang nampak orang tengah makan.memang diserbu lah oleh aman tanpa mengira siapa orang tu.senang cakap pasal makan semua boleh jadi kawan lah.good job my boy..lepas ni mama memang kena rajinkan diri lah masak untuk aman kan.kan..

cerita pasal bulan puasa ni, ramadhan kali ni kami kurangkan pergi bazar ramadhan.bukan tak pergi langsung.pergi pon bila penat dan malas nak masak.kebiasaaan memang mama masak lah untuk juadah berbuka puasa.tu pon yang simple2 jek.takdelah meriah sangat.janji boleh makan.memandangkan papa pon tak cerewet pasal bab makan ni.lagi senang lah kerja mama.jimat pon jimat..duit tu boleh beli baju raya.hehehe...

apa-apa pon dibulan yang baik ni, sama-sama lah kita mengejar seberapa banyak pahala.puasa ni bukan setakat menahan lapar sahaja.tapi banyak kelebihan dan kebaikan yang kita perolehi dengan berpuasa.jangan lupa bayar zakat fitrah tau..selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran demi mendapatkan keredhaan dari ALLAH.

Thursday, 4 July 2013

Bila hati rasa sedih...

Assalamualaikum..

Rasa macam dah lame tak tulis apa-apa kat blog ni.sebabnya tak tahu nak tulis apa..boleh gitu.arini nak tulis ringkas jek.sebab takde cite yang best sangat.hari-hari yang mama lalui sama jek.takde yang nampak best pon.tapi yang penting mama happy dengan ape yang ALLAH dah berikan kat mama.syukur tu perlu...jangan lupa pada Maha Pencipta.

sebenarnya mama arini macam sedih sikit lah.iyelah sedih bila ada orang yang mempertikaikan apa yang mama buat.susah jugak bila jumpa orang yang camni.suka membezakan apa yang die buat dengan apa yang kita buat.yup...mama tahu kekurangan diri mama.tapi tak perlu membezakan apa yang die buat tu terlalu sukar dan apa mama buat tu terlalu senang.kire macam kacang goreng lah.takde stress...

mudah jek tanggapan orang bila nampak kerja kite ni terlalu senang dan sibuk bercerita di sana sini mengenai susahnya apa yang dilaluinya.ingat diluar sana masih ramai yang lagi susah dari kamu.memang niat hati sekadar luahan rasa hati, tapi perlu ke membabitkan orang lain yang takde mengena dengan kerja tu.adil ke????

ikutkan mama malas jugak nak layan manusia ada sikap sebegini.lama-lama boleh buat kite jadi down.cuma apa yang mama boleh buat, berdoa semoga orang camni berhenti dari berperangai camni.mama pon insan biasa.yang ade hati perasaan.dan yang paling penting mama ni pon cuma insan biasa.tak sempurna mana.

Tuesday, 25 June 2013

Bila sampai masa..

Assalamualaikum..

Dah lame tak tulis apa2 kat blog ni.tiba-tiba terajin pulak nak menaip arini.bukan ape...takde idea nak tulis.balik2 cerita pasal anak kan.mesti ade yang bosan baca kot.jap..jap..ade ke yg baca blog picisan ni.takde kot.hukhukk...

minggu lepas mama dikejutkan dengan 2 berita kematian.memang terkejut dan tiba2 terfikir sendiri bila pulak sampai masa kita kan.berita kematian yang mama terima anak kepada kawan mama yang baru berusia 2 bulan.punca kematian disebabkan jangkitan kuman pada paru2.dari cerita kawan mama tu, baby die dah start batuk2 dari dalam pantang.tapi bila die bawak pergi klinik, doc kata takde pape.then kawan mama ingat takde pape lah.nak jadikan cerita ari kedua die naik keje, dia balik tengahari utk susukan anak die..tgk kakak die menangis-nangis bila tgk baby tu tak bergerak.Ya ALLAH...sungguh besar dugaanMu.

kawan mama ni angkat baby die yang tak bernyawa sambil menangis dan mintak anak die bangun.tapi ALLAH lebih sayangkan anknya.bila dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.kawan mama tu cerita, ikutkan die tak nak buat bedah siasat kat mayat bayi die.tapi procedure polis dan hospital, die terpaksa akur.mama tau die sekeluarga tak nak arwah anak die rase sakit bila dah kena belah sana sini.yang paling buat mama sedih sangat, die redha dengan pemergiaan anak die tu.dan susu masih banyak.sambil perah sambil nangis bila kenangkan susu tu takde siapa nak minum..Ya ALLAH..menitis air mata mama bila dengar cerita.apa yang mama boleh buat, bagi kata-kata semangat untuk die.jangan sedih2 sgt..biar anak dia aman kat sana.

moral untuk mama dan semua ibu-ibu kat luar sana..jangan ambil mudah bila tengok anak sakit.cepat-cepatlah bawak berjumpa doctor.kalau sakit tu makin teruk dan tak baik-baik, lebih terus bawak pergi ke hospital atau pakar kanak-kanak.iyelah..baby ni tak boleh cakap kalau die sakit kan.jadi kita yang tua ni lah yang kena alert bab2 ni.sebab ade sesetengah doc ni hanye amek keuntungan tanpa fikir hal perihal pesakit ni.tak semua lah..tapi mintak jauh lah dari kita semua.ibu mana tak sedih bila anak yang dikandung 9 bulan pergi buat selama-lamanya.

berita kematian kedua mama terima tentang perginya seorang guru yang mengajar mama mase sek.men dulu.kematian sangat-sangat mengejutkan mama.dari cerita yang arwah guru mama ni meninggal disebabkan serangan jantung.die meninggal die KL.kalau tak silap die ade seminar kat PWTC.dan menghembuskan nafas kat sane.teringat dulu die pernah mengajar mama dalam subjek kemahiran hidup.Arwah ni seorang guru yang tegas tapi cepat mesra.pada mama die ni takdelah garang mane.kalau murid yang buat hal & tak dengar cakap, memanglah kena marah kan.teringat dulu mama pernah mengikuti perkhemahan untuk pasukan pengakap bersama arwah.bab masak memasak memang arwah tip top.die tak nak tengok anak murid die lapar.tibe2 teringat kan.sedih..:(..

ALLAH lebih sayangkan dia.tinggal lah isteri dan anak2nya.semoga mereka sekeluarga tabah menempuhi hidup mendatang tanpa arwah disisi.semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersam-sama orang yang beriman.sesungguhnya sudah banyak jasamu wahai guru sepanjang hayatmu.janji ALLAH, sesungguhnya setiap ilmu yang baik akan diberi pahala sehingga ia diamalkan.sungguh besar jasamu tu...al-fatiha untuk kedua- dua insan ni.sesungguhhnya kematian tu pasti..bila dan bagaimana semua tu rahsia ALLAH.kita hanya perlu bersedia sahaja tanpa mengira masa dan waktu...

Friday, 14 June 2013

Bila dugaan datang..

Assalamualaikum..

tiba-tiba arini mama terpanggil nak tulis pasal bila dugaan datang...yup pasti semua pernah lalui saat sukar, susah bila dugaan tu datang.dalam tak sedar setiap dugaan yang datang penuh dengan hikmah dan mematangkan kita.dalam keadaan tu juga buat kite ni rasa dekat pada yang Maha Esa.tapi sekuat mana kite nak hadapi dugaan yang datang pada kita tu.semua tu kuasa ALLAH.andai kata kita berusaha dan memohon perlingan dan kemudahan dari ALLAH, Insyallah pasti ada jalan penyelesaian. 

mama teringat seorang kawan, die telah kehilangan anak yang disayangi yang pergi buat selama-lamanya.bunyi memang sedih kan..tapi mama kagum betol dengan semangat die.siapa yang tak sedih kan..anak yang dikandung pergi menghadap Ilahi selepas beberapa jam dilahirkn.Ya ALLAH sungguh berat dugaan yang ditanggung oleh si ibu.dalam keadaan sedih tu, suami keluarga dan kawan-kawan sentiasa beri sengat untuk dia.dan berkat sokongan semua dan izin ALLAH, kawan mama tu bangkit.

mama cukup terharu dengan semngat dia.dia cukup redha dengan ketentuan ALLAH. bahawa anak itu bukan miliknya di dunia ni.Insyallah dia akan tunggu ibu dan ayahnya di pintu syurga.berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul..siapa tahu dalam hati dia kan.hanya ALLAH saje yang tau.dan mama percaya pasti ade gantinya kelak.mama akan sentiasa doakan kawan-kawan mama mendapat kebahagian didunia dan diakhirat.seronok bila nampak kawan-kawan happy..:D.

Tuesday, 11 June 2013

Bila Azan...

Assalamualaikum..

Dah masuk bulan Syaaban kn.lepas Syaaban masuk bulan Ramadhan pulak.seronoknya dapat sambut bulan Ramadhan tahun.tahun lepas mama tak dapat nak pose sebabnya masih dalam pantang lagi.sedih tau.iyelah seronok tengok orang pose, kite ni tak dapat pulak.dan sekarang ni mama tengah gigih dan gagah kan diri nak mengganti pose.sebulan okey..jangan merungut ye mama.ni kewajipan.yup..chaiyok..chaiyok..tinggal 8 ari jek lagi ni.Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan mama nak mengganti pose.:D.

pssttt..mama nak cerita sikit perihal anak teruna mama tu.kebiasaan lepas ambil aman dari rumah baby sitter, mama akan bermain lah dengan die kejap.pastu baru lah masak untuk dinner.tapi semalam turn papa masak.hihihi...papa masak sedap tau.tak tipu...:P.maka tugas bermain dengan aman. ditugaskan kat mama.maka mama pon mainlah dengan dia sambil tengok tv.kebiasaan bila tiba waktu maghrib, kat tv akan bukak azan.

dan yang mengejutkan mama semalam, bila azan berkumandang aman dalam leka main mainan die tu, die senyap kejap (memang dari baby lagi bila dengar azan dia akan senyap dan perati jek tv tu) dan keluar dari mulut aman perkataan ALLAH..Ya ALLAH terus mama terkedu kejap bila tengok anak kecik ni berkata camtu.sungguh bersih hati anak kecil ni.bila dengar jek die dah boleh ingat dan cuba sebut.walaupon bunyi tu tak lah sesempurrna orang besar sebut, tapi die cukup buat mama terharu.hanya kata-kata syukur jek mama boleh panjatkan pada ALLAH.sungguh lembut lidah menyebut nama tuhan yang Maha Esa.

sebab tu ada pepatah berkata, melentur buluh biar dari rebung.maknanye dari kecil ni lah yang kita kena ajar bende-bende yang baik.Insyallah ia akan menjadi kebiasaan di kemudian hari.seronok tengok bila anak membesar sebegitu.semoga ALLAH permudahkan urusan mama dan papa untuk mendidik aman menjadi insan yang soleh.Insyallah...

mama dan aman..

 

Thursday, 6 June 2013

Salam Israk dan Mikraj

Assalamualaikum..

Salam Israk mikraj untuk semua.semua umat Islam pasti tahu mengenai hari Israk Mikraj ni.dimana ketika ni Rasullulah telah diangkat ke langit dan berjalan lah baginda sepanjang malam.dimana sepanjang perjalanan itu baginda telah diperlihatkan banyak kejadian aneh dan ajaib yang telah berlaku.kisah ini telah pon diceritakan didalam Al-quran.kisah ni amat-amat menyedarkan bahawa akhirat tu pasti dan hari pembalasan pon pasti.cuma bila hanya ALLAH sahaja yang tahu.

bersempena hari yang baik bulan yang baik ni sama-sama lah kita panjatkan kesyukuran ke atasNya.yang memberi kite kesempatan lagi untuk bernafas dan menikmati kehidupan bersama-sama insan yang disayangi.walaupon banyak ranjau yang perlu ditempuhi, tapi anggaplah ini satu ujian dari ALLAH.dan anggaplah jugak ini sebagai benteng kasih sayang ALLAH untuk kita mahlukNya.

dan bersempena 27 Rejab ni, genaplah umur anak teruna mama Aman Firas Ahmad Damai setahun.memang masa sangat-sangat pantas bergerak.dan diusia setahun ni ALLAH berikan mama peluang untuk kami bersama dalam saat suka dan duka.dan ALLAH sentiasa berikan mama dan papa kesabaran, kekuatan dan teguhkan iman kami untuk mendidik Aman.

masih teringat saat mehirkan Aman.walaupon kesakitan tu hanya ALLAH jek maha mengetahui, tapi sesunggohnya ALLAH telah pernudahkan semua urusan kami.takde banyak masalah yang mama hadapi, walaupon ketika tu Aman lahir lebih dari hari yang dijangkakan.saat pertama kali menatap ciptaan terindah ALLAH tu, hanya kata-kata syukur jek yang dapat mama panjatkan.memberi peluang untuk mama bergelar seorang ibu kepada insan bernama anak.cukup-cukup indah saat itu.

semoga anak mama membesar menjadi anak yang soleh, taat pada perintah ALLAH, diberi cergas tubuh badan dan cerdas akal.Insyallah.jangan sesekali lupa berdoa pada ALLAH.sesungguhya ALLAH suka akan hambaNya yang selalu bermohon padaNya.mama pon harap agar ALLAH berikan mama dan papa kesihatan dan murah kan rezeki supaya kami dapat besarkan anak-anak kami dengan baik dan penuh nilai kasih dan sayang.Selamat hari lahir AMAN FIRAS.We love you so much..

 

 

Monday, 27 May 2013

bila anak demam,selesema & batuk

Assalamualaikum

Rasa dah lama tak post apa-apa kat blog ni kan.rindu lak tiba-tiba..memandangkan cuaca skrg ni yang tak menentu, maka ramai lah yang sakit kan.tak terlepas kat anak teruna mama tu.kesian mama tengok kan.minggu lepas mama cuti sempena hari wesak.konon-konon nak relax lah.tapi bangun pagi-pagi rasa badan aman panas semacam jek.

pastu check temperature badan die, amek ngko..nak cecah 39degree.tinggi kan.mama dengan papa pon dah start risau lah.iyelah last die demam masa umur 4 bulan.ni datang lagi.apa lagi kelam kabut lah mama nk turunkan suhu badan die.letak cool fever, tuam badan die..semua tak jalan.kejap jek kebah suhu badan die.pastu naik balik.

mama tak terus bawak pergi klinik.nak tengok sampai keesokkan hari.tapi panas badan die masih tak kurang.kesiannya malam tu die tido tak selesa.asyik merengek jek.mau taknya, demam+selesema+batuk..tu yang buat die tak selesa.pagi2 sabtu mama dgn papa bawak aman pergi klinik dan doctor cakap badan die panas sangat.then doc terus suggest masukkan ubat bontot.

balik klinik dari klinik, terus bagi die tido dan tak lama tu suhu panas badan die pon turun.tapi selesema dgn batuk masih ada lagi sampai ke ari ni.sampai meleleh hingus.dan die pon tak suke orang pegang hidung die time selesema ni.abes dimarahnya kiteorang ni.huhuhu...anak punya pasal kan.doc cakap budak bawah setahun tak galakkan bagi makan ubat batuk dan selesema.biar die baik sendiri.betul jugak kan.biar die lawan sendiri sakit die tu.

dah bape malam ni malam tido tak lena, gara-gara aman asyik merengek jek time tido.sebelum tido tu mama urutkan dan sapu lah minyak yu yi kat kaki die ngan belakang badan die.bagi die selesa sikit.bila anak sakit ni, ati ibu mana tak risau kan.kalau boleh biarlah kita sakit.rasa tak sanggup nak tengok anak kecil tu sakit.ni baru anak demam, bayangkanlah ibu-ibu yang anak sendiri sakit teruk.betapa mulia kan insan bernama ibu.bila dah jadi ibu ni baru mama faham erti pengorbanan seorang ibu.semoga anak mama cepat sembuh ae sayang..rindu nak tengok die lasak-lasak macam dulu.

ni ari first aman demam...

tengok mata aman, sedih mama tengok bila die sakit camni
 

Thursday, 23 May 2013

mengimbau kenangan lama..

Assalamualaikum

Yeyyy...esok cuti.yabedabeduuu..sempena esok hari wesak, maka mama pon mencutikan dirilah.hihihi...ape nak buat esok ni kan???tu plan nanti lah.okey, tadi tengok-tengok lah gambar lama.dan tertengok la 2 keping gambar ni.tiba-tiba mengimbau kenangan lama kan.nak tengok gambar ape..jom layan..:D.


 
comel tak kak ton??? hep...merepek lah tu kan.sebenarnya gambar ni diambil masa mama melawat kawan yang baru dapat anak.dan nak tahu, masa ni mama dengan papa belom kawen lagi.tahun tu dah lupa lah..kira anak dara sunti gitu lah.hahaha...nampak tak muka suci tu.nampak mithali tak???:D.mama ni memang suke budak.lagi-lagi kalau baby.memang geram jek tengok.

dan bila dah ada anak sendiri ni, lagilah geram tengok.memang puas gomol.kalau anak orang tak boleh.mahu kena jeling dengan mak baby tu.huhuhu...Actually memang mama suka tengok gambar ni.kat situ nampak impak keceriaan.dari segi kaler dan model..huahua...memuji diri sendiri ngko.memang tak malu kan mama ni.sila abaikan..:P.

memang mengimbau saat-saat manis bercinta dulu okey.nanti bila aman dah besar sikit, mama nak tunjukkan gambar ni kat dia.dan mesti die ingat baby tu die.hahaha...tiba-tiba mood nak baby lagi.oooppss...tunggu dulu..:D.

Monday, 20 May 2013

Isu anak derhaka...

Assalamualaikum

Pasti ramai sedia maklum isu mengenai seorang pelakon yang dikatakan anak derhaka oleh ibunya, gara-gara penangan cinta pada si kekasih hati.semua pon dah tahu kan sape gerangan pelakon tu.mama pon malas nak tulis kat sini.cuma apa yang mama boleh katakan. ni antara yang terjadi pada zaman sekarang ni.

mama pon tak nak sebelah mane-mane pihak.sebab mama pon bukan ade pada kedudukan mereka.orang luar boleh buat macam-macam telahan.ape yang yang sebenar terjadi, hanya ALLAH saja yang Maha Mengetahui.dalam kes ni pada mama, baik lah si ibu dan si anak berjumpa dan selesaikan cara anak beranak.jangan babitkan orang luar.sama ada kekasih atau sesiape pon.

rasa yang mengeruhkan keadaan adalah, bila balas-membalas statement kat media.cukup-cukup lah.tugas wartawan ni mencari bahan bagi boom die punye rancangan atau majalah.lagi kontroversi lagi dieorang suke kan.naik rating ngko..huhuhu..nak cakap ape kan.dah tu kerja dieorang.dosa pahala tu semua kerja tuhan.sape lah kita nak pertikai semua tu.ALLAH lebih tahu.

mama ni pon bukan anak yang baik untuk nasihat orang.tapi pada mama cuba lapangkan dada dan cuba maafkan antara satu sama lain.mama pon adakala terkecik hati dengan mak sendiri.tapi mama cuba positif untuk terima tu sebagai godaan syaitan yang nak kite ni bertelagah antara satu sama lain.lagi-lagi bila kite ni satu family.memang kena banyak sabar dan bertolak ansur.

pada pelakon tu, jumpalah ibu tu.bawak berbincang dan jernihkan semula hubungan yang tengah tegang ni.soal kekasih hati tu, tolak ke tepi dulu.ingatlah sejenak pengorbanan susah senang ibu menjaga kita.kalau die marah maknanya dia sayang kite.jangan biarkan hati ibu tu terguris lagi.untuk si ibu, doakanlah yang terbaik untuk anak tu.doa biar die kembali kepangkuan seperti dulu.bila mama dah jadi ibu sekarang ni, barulah tahu camane perasaan seorang ibu.ingat hargailah ibu anda selagi die ade kat dunia ni.

Friday, 17 May 2013

11 bulan..

Assalamualaikum

waa...dah 11 bulan anak mama ni.ish cepat betol masa berlari ni.bukan berjalan lagi..ni dah berlari okey.masa jek yang cepat berlari.tapi anak mama masih belom pandai jalan lagi.hihihi..adakah tu ikut mama???mak mama cakap, mama ni lambat berjalan.nk dekat setahun setengah baru pandai jalan.hahaha...adakah aman begitu juga??

kita tengoklah nanti ye..tapi dalam tak reti berjalan tu, cepat betol pergerakan dia.sampai papa yang selalu bersukan pon tak terkejar tau.tengok betapa ligatnya anak teruna mama tu.sampai sakit-sakit pinggag papa dibuatnya..tu belum tang mulut.punya lah kecoh.membebel bahasa jerman die, yang mama satu patah haram pon tak faham.huhuhu..

kalau die jerit sampai orang sebelah rumah boleh dengar tau.macam mak tiri pulak marahkan anak tiri.ish..ish..aman..aman..bawak-bawak bertenang ae.kurangkanlah merjerit tu nak.tu belum pergi pasar ke shopping complex ke, masuk-masuk jek memang merjerit-jerit lah.dah macam kiteorang ni culik budak pulak.hahaha..sabokan ajelah perangai anak sorang ni.

bab akal memang banyak.ade jek die nak buat.siap pandai buli mama papa die.pengasuh die pon ngadu yang aman ni kuat sangat nak berkepit.kalau boleh nak orang duduk depan die jek.jangan pergi tempat lain.makin besar makin manje pulak.sian pengasuh die sampai nak pergi toilet pon si aman ni ikut.siap ketuk pintu toilet lagi.takot bebeno orang tinggal kan die sorang-sorang..

harap-harap dah masuk 11 bulan ni anak mama rajin-rajinlah belajar jalan ae.jangan malas-malas tau.nanti mama babap kang..hehe..dan bulan depan genaplah umur aman setahun.Actually tak plan pape pon untuk majlis hari lahir dia.tengok lah camane nanti.tak pon beli kek, suruh die tiup jek.hihi..nampak tak mama die nak berjimat.pape hal pon tanye sama boss.hihi..die ade budget, mama on jek.mama sponsor kek jek.papa please advice darling...:D

feveret die ni..suke buat muke kan.geget baru tau,,:P

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..

Hati ni nak tulis ringkas-ringkas jek.sempena ari ni adalah hari guru bersamaan dengan 15 Mai, mama nak wish pada guru,cikgu, pensyarah dan sape-sape sahaja yang bergelar pendidik mama ucapkan selamat hari untuk anda semua.

jasamu tetap akan dikenang sampai bila-bila.tanpa seorang bergelar pengajar dan pendidik, maka tiadalah insan yang berilmu dan berpengetahuan.bak kata pepatah guru ni ibarat lilin.sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain.

tiba-tiba teringat masa sekolah dulu.setiap tahun sekolah mama menyambut hari guru ni bagi menghargai jasa-jasa semua guru.rasa rindu sangat saat tu.:(.sekarang ni dah tak dapat lalui saat tu.i miss my school...waa...:(.


Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari ibu..

Assalamualaikum..

walaupon ari ibu dah lepas, rase tak terlambat kot mama nak wish selamat hari ibu pada semua ibu, mama, ummi, mummy dan seangkatan yang berada diseluruh dunia lah.tahun ni tahun pertama mama bergelar ibu.jadi happy lah sikit.walaupon tahun lepas masa hari ibu, mama tengah mengandungkan anak teruna mama tu aman firas.

Actually takdelah sambutan yang special dari papa..:(.sedihkan..sob..sob..tapi papa tak lupa wish untuk mama.tu pon dah cukup bagi mama.thanks papa.hehehe..tapi rase tak lambat kot kalau papa nak bagi hadiah jugak.hihihi..nampak tak..orang ni beria2 nak mintak hadiah.hahaha...teruk kan.tapi hadiah yang paling berharga dalam dunia ni, tak lain tak bukan ieyelah Aman Firas.

Syukur tak terhingga pada ALLAH sebab beri mama peluang untuk jadi seorang ibu.title yang sangat berharga.setiap wanita pon akan rase bnde yang sama macam mama, tatkala sudah bergelar ibu kan.perasaan tu tak tergambar dan tak tahu nak luahkan.hanya seorang ibu jek yang faham naluri seorang ibu.

bila dah bergelar ibu, barulah mama tau betapa besatnya pengorbanan seorang ibu tu disaat bertarung nyawa nak melahirkan kita.mama baru sorang anak.bayangkan mak mama lahirkan 9 orang anak.macamane rasanya kan.betol orang cakap saat melahirkan ni lah saat kita bertarung dengan nyawa.maka hargailah ibu anda ye..tak kira sesiapa pon dia, sayang, hormat, kasih, sayang dan berilah perhatian pada ibu selagi die masih hidup.

pada mak, selamat hari ibu.lia sayang mak ketat-ketat.terima kasih atas pengorbanan mak selama ni besarkan kami 9  beradik.walaupon susah, mak tak pernah pisahkan kami tatkala ada yang ingin meminta salah seorang dari kami.dalam ketegasan dan kegarangan mak, jadikan kami semua manusia yang berguna.semoga ALLAH berikan kesihatan yang baik untuk mak.

pada Aman mama harap aman akan jadi anak yang soleh didunia dan akhirat.harap kita dapat bina sebuah keluarga yang bahagia dan selalu dibawah lindungan ALLAH.terima kasih papa dan aman sudi hadir dalam hidup mama.sesuatu yang mama akan hargai sampai akhir hayat mama...semoga ALLAH akan sentiasa lindungan mama dan berikan kesabaran, kekuatan iman sepanjang membesarkan anak mama.aamin..

Thursday, 9 May 2013

Dah kawen pon ade yg nak tackle..

Assalamualaikum

Tadi mama lunch dengan office mate mama kat satu kedai makan ni lah.parkinglah dekat dengan area kedai makan tu.selesai memenuhkan perot dengan nasi dan 3 jenis lauk,nampak tak orang tengah lapor makan.sungguh hebat kan.hahaha...eh, terjauh pulak cerita tu kan.selepas semua makanan habis mama dengan kawan mama pon pergilah ke kereta..

dan..jeng.jeng..ade kertas yang diselitkan kat wiper kereta mama.kawan mama tu siap cakap kena saman ke.mama pon terfikir jap, bila pulak parking ni jadi berbayar ni???mama pergilah ambil kertas tu..dan korang nak tau kerts apa tu??ntah mamat mane ntah yang tulis no phone die dan mintak mama call die plizzz????oh..tidak..

masih releven lagi ke nak ngorat cara tu.mama tergelak-gelak kat situ.dah kawin anak satu pon masih ada yang nak ngorat.padahal muke ni comot yang amat..hahaha...sapalah mamat tu kan???terdetik jugak dalam hati ni, masih laku jugak kan.hahahaha..ketawa besar...poyo tak ayat tu??semua ni poyo..:D.mesti cerita dengan papa nanti die jeles..:P.jangan marah ye papa...mama luv papa sorang jek.hihihi...

Wednesday, 8 May 2013

First time mengundi..

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama mama tak tulis pape kat blog picisan mama ni.ceh..ceh..macam ade jek orang nak baca kan.bukan orang popular pon.huhuhu...perasan jek lebih mama ni kan.walaupon hari mengundi dah lepas, tapi mama nak jugak letak gambar mama pergi mengundi.hehehe...

mesti ada yang cakap, woi..dah lambat lah ko ni.orang dah bukak cerita lain lah.hihihi....tak kira nak cerita jugak.:P.untuk pengetahuan semua, ni kali pertama pergi mengundi.walaupon sebelum ni dah layak, tapi kekangan masa buat mama terlupa nak daftar.nampak macam sibuk tak???macam jek...tapi tak pon.:P

mama mengundi kat kampung mama kat kota tinggi.seronok jugak pergi mengundi ni.yang best part tu dapat jumpa kawan-kawan lama masa kat sekolah dulu.dah macam raya pulak.rugi sapa tak mengundi tau.mama pergi dengan adik dan abang mama.so bila 3 beradik ni pergi, memang snap snap sane sini lah..hihihi...jangan marah haaa.

semua pon dah tau sape yang menang kan.jadi tahniah pada yang menang tu.tunaikan janji2 yang telah ditabur masa kempen aritu ye.dan rajin-rajinlah turun padang jenguk nasib rakyat ni.jangan time nak raih undi tu jek semuanya nampak.dan pada pembantu atau ahli pada wakil rakyat tu, jangan lebih sudu dari kuah ye.tak mo camtu.dan pada yang tak dapat menambat hati rakyat jangan putus asa.usaha lagi lain pilihanraya ye.sumbangan anda sangat kami hargai.iyelah perlu jugak orang camni.bagi kesedaran sikit pada wakil rakyat lain supaya jangan rasa selesa jek.apa2 pon ambil yang keruh buang yang jernih.kita dibawah satu negara, tak perlu nak gaduh2 dan tuntutlah hak disaliran yang betul.jangan membuta tuli sahaja sehingga orang nampak kelemahan kita.

okey lah jom layan gambar kami adik beradik sewaktu hari mengundi.hehehee....jumpa next pilihanraya ye.tu pon kalau dipanjangkan umur.Insyallah.semoga negara kita sentiase diberkati ALLAH dan jauhkan dari pemimpin yang gila kuasa, duit dan kedudukan.mereka ini lah yang merosakkan agama, bangsa dan negara.










 

Thursday, 2 May 2013

Dah nak belajar berjalan...

Assalamualaikum

sekarang ni aman dah start nak belajar berjalan sikit-sikit..susah betul nak ajar die berjalan ni.mula-mula tu memang malas die nak menapak bila mama dirikan dia.dia lebih suke merangkak kesana sini.habis satu rumah die mop dengan baju dia tu..sian mak die ni okey nak membasuh baju die.huhuhu...

yang kelalakar..mule-mule suruh die menapak tu, die buat ringankan badan.pastu jatuhkan badan sesuka ati die jek.dan mama dan papa dia ni kelam kabutlah nak sambut die dari jatuh terjelepuk ke bawah.pastu die boleh gelak-gelak kan..die ingat kita main-main lah tu.geram jek nengok kan.huhuhu...

malam tadi adik bongsu mama datang rumah.bukan main suke aman ni.siap nak mintak orang tu dukung jek die.hai anak..ingat awak tu ringan ke ai..dah 9.3 kilo okey..dah macam berat beras tau.hihihi..manje bukan main die.sampai lupe mak dia ni.sob..sob..sedih jek bila anak buat camtu...:(.lepas orang tu balik, dan-dan tu nak ikut jek mane mama pergi kan.geget lengan tu baru tau...hihihi..

arini mama nak ajar die berjalan lagi.biar die cepat sikit jalan.nanti senang nak bawak pergi taman.lepaskan jek die.hehehe..konsep kan..dan yang paling penting nanti aman leh tendang bola dengan abang ye..abang ni anak pengasuh aman merangkap jiran sebelah rumah jek.lepas ni boleh paw papa kasut baru..hhihi...mama nak jugak lah.boleh kan papa...

ni permulaan nak belajar berjalan..

suke betol aman ni jalan kat pasir..tu pon lepas kena pakse dengan mak bapak die.hihhi..
 

Kembar telur..

Assalamualaikum

Cuba korang  perati gambar kat bawah ni betul-betul.betul-betul tau.jangan sibuk toleh kanan kiri..hihhi...korang pernah jumpa tak.bila pecahkan telur sebelum masak, tup-tup tengok yang keluar ni rupanya.sebenarnya dah banyak kali jugak bende ni jadi kat mama.dan aritu mama sempat lah snap gambar.saje suke-suke nak share kat blog yang tak berape nak glamer ni.huhuhu..


mama terfikir jugak andai kata lah telur ni sempat di tetaskan (betul tak ayat mama ni?? confius mak kejap.huhuhu) oleh ibunya sendiri, yakni ibu ayam lah.camane rupa ayam kembar agaknya kan.dan adakah dia akan akan menjadi kembar siam atau kembar seiras ataupon kembar tak seiras????hahaha...tiba-tiba menconfiuskan orang kan.memang dasar orang takde kerja ni.:P

mesti korang nak cakap mama ni kecohlah...bende kecik pon nak kecoh-kecoh.hahaha...banyak lagi bende lain yang penting leh fikir dari fikir ayam kembar siam ni.hihi..kadang-kadang kita ni perlu fikir diluar kotak jugak.fikir benda yang akan jadi andai kata kite teruskan sesuatu perkara tu.

macam kita nak mengundi ni.kalau kita pilih parti sekian ni, adakah ia boleh mengubah masa depan rakyat tu sendiri dan memberi manfaat pada kita.bukan hanya mementingkan kepentingan sendiri jek.sekarang ni dunia tanpa sepadan.maka orang yang giler duit ni pon tanpa sepadan jugak.takpe kat dunia boleh lah lepas kan.kat akhirat nanti sendiri lah jawab.lagi-lagi kalau duit tu duit anak yatim kan.faham-faham lah sendiri.tepuk dada tanye selera masing-masing..undi anda adalah rahsia ye...rahsia keee???

 

Wednesday, 1 May 2013

Happy annirversary..

Assalamualaikum..

Arini anniversary abang dan akak ipar mama yang ke-10.kejap jek rasa mama tu berjalan.pejam celik dah 10 tahun dieorang kahwin.mama masih ingat time dieorang kahwin tu mama baru jek lepas SPM.jadi korang kira lah sendiri ye umur mama sekarang ni.hehehe...saje kan nak korang semua congak pagi ari ni..

mama masih ingat beberapa bulan sebelum abg mama ni nak kahwin, bapak mertua dia kembali ke rahmatullah.memang tak sangka sangat.iyelah...meninggal secara mengejut jugak.memang dugaan bagi dieorang.iyelah plan nak kahwin kan.tuhan lebih sayangkan arwah.semoga dia tenang disana.majlis diteruskan jugak selang berapa bulan lepas arwah meninggal.majlis yang sederhana tapi penuh dengan kemeriahan tetamu yang hadir.sekarang dah ada 2 orang anak.dua-dua girl...memang gamat lah dengar suara budak 2 orang tu tau..hihi..

pada abg dan kakak iparku, Happy anniversary yang ke-10.semoga jodoh kalian kekal sampai syurga dan hidup kalian dilimpahi rahmat oleh ALLAH s.w.t.adikmu doakan kalian dapat baby baru ae...boleh kawan dengan aman.sian aman, sorang2 jek budak kecik sebab semua sepupu die dah besar-besar..hehehe..alasan kan.:P.

ni rupa abang dan akak ipar mama..comey tak kak ton..huhuhu..

Sunday, 28 April 2013

Bila menjelang pilihanraya..

Assalamualaikum

Untuk pertama kalinya tahun ni mama pergi mengundi.papa pon sama jugak.ikutkan sebelum ni dah layak mengundi, tapi atas kesibukan yang melampau dan diakhiri dengan sifat pelupa maka terlupalah nak mendaftar.huhuhu..melampau kan.tapi kali ni tak lupa lagi.dan mak mama pon dah cakap surat mengundi dah sampai rumah.mama akan mengundi kat kampung mama di kota tinggi.masa daftar tu, belum kahwen lagi.tu yang tak tukar alamat rumah sendiri.dan papa kat JB.

lagi berapa hari jek lagi proses mengundi ni akan dijalankan.dan bermacam-macam kempen dari semua parti politik dibuat.tak kiralah dari media masa, laman-laman sosial, akhbar-akhbar dan macam-macam lagilah.semuanya hanya satu.nak memancing undi.nak rakyat pilih mereka.oklah.semua tu adat orang politik.jangan pulak bila dah di pilih, semua tak nampak muka pulak kan.hehehe...

tu belum poster-poster yang dipasang tak kira tempat.memang perang poster.dan macam-macam ragam yang mama tengok bila orang nak berkempen ni.korang pon mesti tahu kan.semua akan bercerita yang baik-baik jek lah tentang parti mereka.iyelah..takkan nak cerita bende-bende buruk kan.nanti orang tak nak vote pulak.huhuhu...ape lah mama ni kan.

apa-apa pon cara mereka nak berkempen, jaga lah tatatertib semua.buangkan lah sikap-sikap buruk tu.yang penting janganlah bergaduh sesama sendiri.janganlah memalukan diri sendiri dengan sikap kebudak-budakan tu.malulah dengan orang luar bila tengok rakyat malaysia gaya ni.apa-apa pon statement yang korang keluarkan tu mestilah sahih.bukan menabur fitnah semata-mata mahukan kemenangan.rakyat sekarang ni pon makin cerdik.dah boleh tahu mane yang betol mane yang salah.sesiapa pon yang rakyat pilih, pihak pentadbir tadbirlah dengan telus tanpa mengira agama, bangsa dan ikutan.

Thursday, 25 April 2013

Swimming pool untuk Aman..

Assalamualaikum

hari ni mama nak review sket pasal pool yang mama dah belikan untuk mama.Actually dah lame beli pon.cume penyakit malas tu besor, jadi asyik bertangguh lah.huhuhu...dasar malas kan mama ni kan.:P

mama belikan pool ni untuk Aman sebenarnya untuk die pandai berenang lah.jangan jadi macam mak die ni, dah tua bangka pon masih tak reti berenang.hahaha...ni nama dia dasar penakot..hahaha...mama beli mase umur 4 bln lebih kalau tak silap lah.percubaan pertama masuk kan die kat dalam kolam tu, ni rupa die...

ape lagilah mak bapak aku nak buat ni...ish..

muke confius dan last last menangis sebab takot.hahaha...yg paling lawak die nangis tapi mulut tak bukak.memang puas Aman ni dibuli dengan mak bapak die.ok2..pendek kan cerita, benda alah ni mama beli kat sini kalau nak tau harga pon semua ada kat situ.senang dan mudah jek kan.ape susah semua dihujung jari.order, bayar dan esok sampai.kejap jek service penghantaran die.suke sangat.dan barang yang dipesan semua dalam keadaan baik.

die datang dalam pakej.1 kolam x pelampung macam yang Aman pakai akt atas tu dan siap pam.korang nak tau tak, size kolam ni besar okey..mama ingat kecik2 jek.rupenye siap boleh masuk mak ngan bapak sekali..memang berbaloi.dan yang paling penting kiteorang mak bapak Aman leh join skali bermandi manda.hahaha...teruk kan.jangan tiru aksi ini ye..:P.sian kat anak-anak anda.

ni lah semua yang mama dapat dalam satu set.

apa lagi cepat lah beli.nanti leh cuba kat anak-anak korang nanti.dan korang pon leh join sekali.hehehe...iyelah dulu kat kg dapat mandi paya jek kan.:P.dan semestinye bila kolam tu dah bersize besor, maka jumlah air pon banyak lah kan.so nak lagi jimat, lepas anak korang mandi kolam ni..gunakan air tu untuk basuh kete pulak ke ye.so takdelah pembaziran berlaku kat situ.jimat..jimat..:D.ok layan jeklah gambar Aman bermandi manda didalam kolam die tu ye..

ni second time swimming..
tengok betapa besar kolam tu kan, lebih dari lutut orang dewasa..

bestnyeee..mandi air banyak tau..hihihii...
 

Bersangka baik dengan ALLAH

Assalamualaikum

Bersangka baik lah dengan ALLAH...sesungguhnya kite tak kan rugi langsung.kenapa mama cakap camtu, ade lah beberapa kali mama menghadapi kesulitan dalam sesuatu keadaan, ALLAH sentiase permudahkan urusan mama tu.kata-kata syukur jek yang dapat mama panjatkan ketika tatkala ALLAH sentiasa membantu hambaNya yang sentiasa leka ni.

ade lah sekali tu mama ada problem dalam kerja.mase tu orang kat site cakap ade benda yang dieorang nak pakai esok, tapi mama tak beli.check punya check, rupenya mama ter miss out kat situ.korang bayangkanlah jam masa tu dalam pukul 4 lebih nak ke pukul 5.apa lagi kelam kabut lah mama search supplier yang boleh supplier barang tu untuk esok jugak.dalam hati masa tu, berdoa banyak2 pada ALLAH supaya semua dipermudahkan.

dan syukur Alhamdulillah..ALLAH makbulkan doa mama.dan barang yang mama nak beli tu ade stock dan boleh hantar terus kat site keesokkan ari.Ya ALLAH terperanjat jugak mama.semua perjalanan tu dipermudahkan hanya dengan beberapa minit sahaja.yang lain pon terperanjat bila mama cakap barang akan sampai esok ari jugak.dalam hati mama berdetik, baik betol ALLAH ni.sentiase membantu hambaNya tak kira rupa atau bentuk.

tu salah satu kisah yang terjadi kat mama lah.setiap kali menghadapi kesulitan, mama selalu cakap bersangka baik dengan ALLAH.DIA tengah menguji kita tu.jadi hadapi ujian tu dengan hati yang terbuka dan cuba selesaikannya.Insyallah akan bagi jalan.jangan anggap bila ALLAH tak membantu kite mase tu, kita rase marah dan rasa ALLAH tak sayang kita.sesungguhnya ALLAH tu nak uji sejauh mana tahap kesabaran kita.ALLAH tak kan menguji seseorang itu diluar kemampuannya.mohon doa dan selalu bersangka baik dengan ALLAH.Insyallah hidup kita akan diberkati.aaminn..



Tuesday, 23 April 2013

Wanita vs Masakan

Assalamualaikum

Mesti korang semua pernah dengar orang-orang tua dulu ade cakap, orang perempuan ni kena pandai masak.nanti dah kawen senang dan suami pon sayang...pada pendapat mama tu betol.mungkin zaman semakin canggih sekarang ni, cara yang berbeza.lagi-lagi sekarang ni ramai kaum wanita ni yang berkerjaya.macam mama lah ni,hehehe...:P

Ade sesetengah yang mengabaikan soal ni.hingga ade yang anggap bende ni remeh.dan ade yang jawab, kedai makan berlambak kat luar sane.ape susah kan.beli jek lah..yup tu mama akui.kalau tak kita yang bantu orang lain untuk majukan bisnes makanan tu sape lagi kan.tapi isu yang mama nak kupas sekarang ni, ade sesetengah wanita yang mengabaikan terus tanggung jawab memasak untuk ahli keluarga.

sesibuk mane pon kite ni sebagai wanita bekerjaya, luangkan lah sedikit masa untuk sediakan makanan untuk suami dan anak-anak.walaupon seringkas mane pon.masak meggie pon takpe.yang penting masakan tu ikhlas dari hati.tu yang penting.sekarang ni pon bermcam care kite boleh dapatkan resepi.contohnya buku-buku resepi masakan, kat internet pon banyak blog-blog masakan.korang search ape yang korang nak masak.berapa saat jek akan keluar lah apa yang korang cari tu.mudah kan.

pucuk pangkal tu ade lah dari diri sendri.bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.nak seribu daya, tak nak seribu dalih.sesedapa mane pon makanan kat luar tu, lagi sedap jika masakan tu dari air tangan seorang ibu/isteri.mereka pon akan menghargai setiap usaha anda untuk mantapkan skill memasak.bukan tak boleh makan kat luar, sesekali tu takpe.sekurang-kurangnya kita tau khasiat makanan yang kite masak sendiri.percayalah sejauh mane pon anak kita pergi dan makan, pasti makanan ibu yang dicari dan paling sedap didunia.korang rase camtu tak...

 

Monday, 22 April 2013

Perlu ke buat begitu...

Assalamualaikum..

Waktu lunch tadi mama pergi tesco.dekat jek dengan tempat kerja mama.niat dihati nak beli lah mainan untuk hero kecik tu.nak tahu ke ape yang mama belikan...rahsia.nanti dah pasang kat rumah mama kasik up gambar kat dalam ni ae.hehehe...jangan mare haaa...

masa mama nak belikan mainan Aman ni, mama panggil lah pekerja kat situ.iyelah kite nak confirmation yang barang tu dalam die kaler ape.same ke macam kat gambar luar tu.iyelah...kite ni kan pembeli, mestilah nak detail sikit pasal barang tu.takot bila dah bawak balik rumah rupe die lain pulak.bila nak tukar, satu hal pulak kan.

so mama panggil sorang bdk pompuan yang pakai tudung ni.oklah die pon jawab oklah.die pon macam blur2 gitu.mama pon takdelah nak push sangat die.sbb tu pon bukan bahagian yang die jage.atleast die ade effort jugak lah nk membantu mama dalam situasi tu.dan tibe2 datanglh sorang lagi perkeja pompuan yang tak pakai tudung.datang-datang then tanye kenapa ni??kenapa ni?? dengan muke yg errmmm..korang sambung lah ayat tu sendri.sangat menjengkelkan.hahaha...ayat ala2 sinetron ngko..

pastu korang tau ape die buat lepas tu.die paggil lah sorang akak yang jage bahagian tu.dengan muke konon bengang lah kan.yang paling mama sentap kejap, die boleh tolak barang yang mama nak beli tu guna kaki die.kaki die okey...sungguh kurang sopan kan.perlu ke buat camtu.depan customer die berani buat camtu.dahlah akak yang jage bahagian tu tengah pregnant.memang mama simpati lah.kesian wei..mama memang tekde niat nak marah kat die lah.lepas akak pregnant tu take over layan pertanyaan mama tu.si minah pon ajak kawan die sorang lagi yang mula2 mama panggil bla dari situ.ala2 gangster.

Istighfar panjang mama kat situ.nasib baik tengah puase.so tahap kesabaran tu memang tinggi lah.mama pon tanye lah beberape soklan kat pekerja yang pregnant tu dan mama decide beli terus barang tu.iyelah kesian die dengan sarat-sarat tu kene tunduk layan customer.dan mama bagi thumbs up kat pekerja ni sebab layan mama dengan wajah yang mendamaikan.tak macam yang minah tadi tu.senyum tak, ape tak..dah macam samseng lak.

kepada pekerja kat pasar raya ni, susah sangat ke nak senyum.berat sangat ke.bukan kena bayar pon kan.bukan semua lah yang camtu.ade segelintir lah yang camtu.orang-orang camni lah yang burukkan reputasi pekerja lain.harap pihak mangement dapatlah amek perhatian hal-hal camni.nampak macam remeh kan.tapi ni lah lambang sesuatu organisasi pekerjaan.