Friday 14 June 2013

Bila dugaan datang..

Assalamualaikum..

tiba-tiba arini mama terpanggil nak tulis pasal bila dugaan datang...yup pasti semua pernah lalui saat sukar, susah bila dugaan tu datang.dalam tak sedar setiap dugaan yang datang penuh dengan hikmah dan mematangkan kita.dalam keadaan tu juga buat kite ni rasa dekat pada yang Maha Esa.tapi sekuat mana kite nak hadapi dugaan yang datang pada kita tu.semua tu kuasa ALLAH.andai kata kita berusaha dan memohon perlingan dan kemudahan dari ALLAH, Insyallah pasti ada jalan penyelesaian. 

mama teringat seorang kawan, die telah kehilangan anak yang disayangi yang pergi buat selama-lamanya.bunyi memang sedih kan..tapi mama kagum betol dengan semangat die.siapa yang tak sedih kan..anak yang dikandung pergi menghadap Ilahi selepas beberapa jam dilahirkn.Ya ALLAH sungguh berat dugaan yang ditanggung oleh si ibu.dalam keadaan sedih tu, suami keluarga dan kawan-kawan sentiasa beri sengat untuk dia.dan berkat sokongan semua dan izin ALLAH, kawan mama tu bangkit.

mama cukup terharu dengan semngat dia.dia cukup redha dengan ketentuan ALLAH. bahawa anak itu bukan miliknya di dunia ni.Insyallah dia akan tunggu ibu dan ayahnya di pintu syurga.berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul..siapa tahu dalam hati dia kan.hanya ALLAH saje yang tau.dan mama percaya pasti ade gantinya kelak.mama akan sentiasa doakan kawan-kawan mama mendapat kebahagian didunia dan diakhirat.seronok bila nampak kawan-kawan happy..:D.

No comments:

Post a Comment