Tuesday, 4 February 2014

Part 2 - trip to Dubai

Assalamualaikum


Memandangkan mood nak menulis tu membuak-buak, maka mama pon tulis lah.sementara tengah rajin kn.hehehe..okey oalas nak cerita banyak, jom layan sambungan trip mama ke dubai utk part 2.macam biasa pagi dimulakan dgn breakfast kat hotel.makanan setiap ari hampir sama jek.so rasa tak payah kot nak letak gambar breakfast kan.

Jumeirah Grand Mosque 

utk hari kedua ni trip dimulakan dgn melawat  Jumeirah Mosque.dari hotel nak ke masjid ni ambil masa 15 minit naik teksi.masjid ni dibuka pada pukul 10.memandangkan kami sampai awal sblm pukul 10, sempat lah bergambar disekitar masjid.apa yg mama peratikan beberapa hari berada di dubai ni, kat sini masjid dia memang banyak.

yg mengagumkan mama, bila azan jek orang-orang kat sini berlari-lari ke masjid utk solat.bagusnya kan...tinggalkan kedai atau perniagaan bukak mcm tu saja tanpa risau ada yg mencuri.kadar jenayah kat sini pon kurang.maybe hudud dijalankan kat sini, maka mereka pon takut nak buat jahat.

berbalik pada masjid besar jumeirah ni, utk masuk ke masjid ni perlu bayaran yg dikenakan sebanyak AED10 untuk 75 minit per sesi.masjid ni dibuka utk memberi peluang pada pelancong luar yg bukan beragama Islam memahami serba sedikit mengenai ajaran Islam.mama sgt kagum dengan facilitator yg sampaikn speech mengenai Islam ni.seorang wanita dari UK, lembut serta penuh dedikasi ketika beri penerangan.yup..bukan senang nk bagitau org bukan islam tentang agama yg kita anuti ni kan.tp beliau berjaya memberi sedikit info yg amat bagus.nampak jgk beberapa org pelancong yg berminat utk mengetahui lebih mengenai Islam.syabas.


Masjid besar Jumeirah dari pandangan luar

seni bina dalaman masjid

seni dalaman yg indah
sesi mengambil wuduk

menunjukkan cara solat pada para pelancong

penyampaian yg sgt indah utk di dengar..
sempat bergambar bersama facilitator yg cantik manis
sesi bergambar di depan masjid.dah mcm budak kolej pulak kn.hehe..

Souk Madinat Jumeirah

Dari masjid jumeirah kami pergi pulak ke souk madinat ni.jarak dari masjid ni, mama lupa pulak berapa km.tapi rasenye takde lah jauh sgt dgn menaiki teksi.kat souk ni ada juga menjual barangan cenderahati, shawl, baju dan macam-macam lagi.

kat sini kami menaiki abra (boat) utk melihat keindahan sekeliling yg ade kat sini.untuk naik abra ni cas yg dikenakan sebanyak AED75.kat sini jugak ada resort dan hotel utk menginap.rasanya hrga utk bermalam kat sini pon agak mahal.dari sini jugak kita dapat bergambar dan lihat Burj al-arab secara lebih dekat.Burj al-arab ni hotel 7 bintang.cuba korang bayangkan untuk tinggal semalam kt situ pon hampir AED15,000.mahal kan.memang high class tempat ni.kalau yg betul-betul teringin nak pergi ke hotel ni ada pilihan lain dgn breaskfast di restoran hotel burj al-arab ni.harga dia kalau tak silap dalam AED250.mahal nye weiii...ni leh buat breakfast sbln kalau kt malaysia.huhu..

ni abra yg kami naik utk melihat pemandangan sekeliling
Pemandangan sekitar souk madinat jumeirah

Burj al-Arab
hotel penginapan sekitar souk madinat jumeirah

indah pemandangan

semua warna bangunan sama jek.warna padang pasir

Desert Safari

sangat besttt...tu jek yg mama boleh ckp pasal desert safari.ni bukan sebarang safari tu okey.bukan lah safari yg kita boleh tengok binatang liar ye.nama pon desert.haruslah pengambaraan di padang pasir.sesuatu yg harus korang cuba.dapat melihat keindahan ciptaan Allah yg sangat cantik.rasa kerdil diri ni bila berdiri di tengah-tengah padang pasir yg terbentang luas bersama pemandangan yg mempersonakan.Subhanallah...

utk desert safari ni kami dah booking awal melalui internet.cas yang dikenakan hanya AED180.dalam pakej desert safari ni kami dibawa naik 4WD utk merentasi padang pasir yg mencabar.memang best.pengalaman baru yg sangat mengujakan.bagi yg cepat mabuk tu, siap sedia lah dgn plastik.mana lah tau termuntah ke kan.hehehe..

selain tu driver yang bawak tu akan berhenti di tengah padang pasir utk beri peluang kita mengambil gambar sambil melihat matahari terbenam.memang cantik sangat dpt lihat sunset kat padang pasir ni.lepas lihat sunset, kami di bawa pulak ke kem ala2 macam restoran lh gitu.

apa ade kat kem ni??macam2 ada.kat sini kami berpeluang menaiki unta, pakai henna.ada jugak disediakan makan malam disitu.include in package.part yg paling pengunjung nanti kan tanoura dan belly dancing.tanoura dancing ni sorang laki menari pusing-pusing sambil kat badan dia ada lampu-lampu gitu lah.yg belly dancing ni memang besar mata orang laki ni.iyelah penari perempuan menari mengikut rentak padang pasir.nasib baik penari dia cantik.hehehe...

Hobi pak arab..main apv diwaktu lapang

sliding di padang pasir

Padang pasir yg mendamaikan..terfikir sejenak bagaimana Rasulullah berhijrah dari mekah ke madinah dgn merentasi padang pasir yg sangat mencabar ni.kuasa Allah tiada siapa boleh nafikan.

sunset yang sangat mengagumkan.cantiknya ciptaan ALLAH..

di depan 4WD yg bawa kami

happy dapat pegang pasir.halus sangat..
naik unta di padang pasir

henna painting..nice..

kem untuk menikmati makan malam
belly dancing...

3 comments:

  1. lbh kurang dalam RM1 lebih.boleh check berape currency skrg.

    ReplyDelete
  2. blh bagi website utk pekej ke dessert safari ni?

    ReplyDelete