Tuesday, 18 February 2014

Tips bercuti di Dubai

Assalamualaikum

I'm back...hoiyee..hoiyee..nampak tak keterujaan nak menulis setelah sekian lama tak menaip kat blog picisan ni.kepada yang sudi baca terima kasih diucapkan.hehehe...okey tak yah nak ngomel banyak sangat.back to the topic.seperti yang dijanjikan sebelum ni, mama nak bagi tips kalau anda semua nak bercuti di Dubai.maka dipersembahkan... :D
  
1. Pertamanya, kalau nak bercuti kat Dubai ni pilih dalam bulan December hingga April.sebab time ni cuaca lebih sejuk jika nak dibandingkan dengan bulan lain.just nice.sebab musim panas di negara arab ni memang panas sangat.kalau tak silap boleh cecah ke 40 degree.panas kan 

2. siapa yang nak harga tiket murah, rajin-rajin kan lah diri survey kat MAS.rasanya setiap tahun akan ada promosi camni.so jimat tak

3. bila dah sampai kat Dubai, jika anda pergi dalam group yang ramai.bolehlah pilih teksi yang boleh masukkan semua skali dalam satu masa.jangan risau kat sana memang ada teksi ala2 mpv seperti innova.so mudah dan jimat.

4. berkenaan teksi ni, kalau boleh jangan minta staff kat hotel korang duduk tu no contact driver teksi or else lah.sebab biasanya harganya akan lebih mahal dari korang tahan sendiri jek kat tepi jalan.biasalah maybe dia ambil tips sikit kot.sebab dah terkena kan.hehehe.. 

5. jika nak bershopping di souk, digalakkan bawa beg tarik atau troli kecik ke.sebab kat situ korang akan rambang mata nak beli macam-macam.bila dah beli banyak2 tu pastilah tak larat nak pegang.so bila letak dalam beg, boleh tarik jek.senang tak.pengalaman sendiri bila dah beli abaya, pastu beli kacang.korang bayangkan semua tu nak pengang guna 2 belah tangan.memang lenguh beb. 

6. masa kat dessert safari yang naik 4WD tu.kalau siapa yang cepat mabuk tak digalakkan duduk di seat belakang.then sediakan minyak kapak ke dan plastik.mana tau, in case dalam kereta nak termuntah kan.dah ada back up.  

7. malam di desert memang sejuk.so standby baju yang tebal sikit.sejuk dia memang sampai ke tulang.dan jangan lupa cuba aktiviti yang disediakan kat situ. 

8. berkenaan makanan, kat Dubai ni potion makanan dia semua besar-besar.kalau kat malaysia boleh makan untuk 2 orang.almaklumlah  orang arab ni makan banyak.so jika nak order better ambil 1 dish then share untuk 2 orang.jimat dan takda pembaziran kat situ.bagi yang makan banyak ok kot nak amek 1 dish.hehehe.. 

9. last sekali, ni yang penting.jangan lupa ambil seberapa banyak gambar disetiap destinasi yang korang pergi tu untuk dijadikan kenangan dan boleh lah share dengan keluaga dan kawan-kawan.jangan bagi tunjuk gambar jek.cenderahati jangan lupa tau.ngeh..ngeh..

**Note kecil: kalau sesiapa yang nak ajukan sebarang soalan boleh lh email kat saya di sini zuhoney@yahoo.com
memandangkan saya ni jarang sekali nak buka blog, boleh lah antar email jek.thanks pada yang sudi baca dan bertanya..

7 comments:

  1. Seronok...dalam perancangan nak melawat dubai..
    Maaf bertanya tentang bayaran 4x4 tu AED180 tu per pax ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lmbt reply msj.mmg seronok sgt dpt bercuti kt sane.
      yup AED180 per pax.semua 1 pakej include dinner, tgk dance, pakai henna, naik unta.

      Delete
  2. sorry lambat reply.
    yup..mmg seronok sgt.
    yup AED180 per pax include dinner

    ReplyDelete
    Replies
    1. zulia kat mana nak ambik pakej tuu..

      Delete
  3. Salam. Nk tya masa duduk di dubai sis book hotel apa ye? Tgh crik hotel yg dekat dgn metro atau marina kalau boleh hihi..

    ReplyDelete
  4. Wasalam.maaf reply lambat pulak.masa di dubai saya stay kat avari hotel.klau g metro xberapa jauh.tapi klau nak g marina tu kena naik metro baru boleh smpai situ.sy ada pos kt part 1-trip to dubai.boleh baca kat situ.thanks

    ReplyDelete