Thursday 18 April 2013

Tips kurangkan ruam pada baby

Assalamualaikum

sejak akhir-akhir ni mama tengok badan aman selalu jek naik merah-merah macam ruam.risau jugak tengok.tapi tengok die ok jek.main macam biase jek.lagi-lagi sekarang ni die memang lasak sangat dan abis berpeluh lah badan tu bila asyik main jek.bila dah berpeluh tu dicampur sekarang ni musim panas, memang naik lah ruam-ruam kat badan, kaki dengan tangan dia.kat sini nak share beberapa cara yang mama praktik kan untuk kurangkan ruam pada aman.

1.Mandian jenama Ezzera
Actually mandian jenama Ezzera ni doctor yang rawat aman suggestkan first time aman kena ruam mase 2 bulan kalau tak silap.Doc tu cakap mandian jenis ni takde bahan kimia di dalamnya.ia bersifat natural dan amat sesuai untuk bayi-bayi yang mempunyai kulit sensitif.so bila mama praktik kan kat aman, Alhamdulillah nampak berkurang dan mama gunakan sampai lah sekarang.jenama mandian lain yang takde bahan kimia macam sebamed.dua-dua pon bagus kalau sesiapa yang nak cuba.walaupon harga agak mahal sikit dari mandian yang di jual kat pasaran, tapi berbaloi untuk kesihatana anak.

Ezzera shower
  
2.Calamine Lotion
Masa aman terkena demam campak mase berumur 4 bulan, doc suggest sapukan lotion ni kat tempat yang naik campak tu.ia dapat mengurangkan gatal-gatal dan tempat yang terkena campak tu cepat kering.yang mama nampak lah.lotion ni macam bedak sejuk gitu lah.doc pon cakap kalau ruam pon boleh sapu kat tempat yang terkena ruam tu.so jimat dan mudah kan.hehehe...lotion ni pon mudah digunakan dan bau die best tau.just sapu dan biarkan jek die kering sendiri.ape yang mama perhati, bila mama sapukan lotion ni pada badan aman yang kena ruam tu, memang cepat jek die baik.mama pon happy bila tengok bila ruam kat badan anak makin baik.hehehe...

Calamine Lotion


 3.Drapoline Cream
Cream ni fungsi die untuk disapukan pada punggung baby untuk mengelakkan dari terkena ruam.Cream  memang mama gunakan sejak aman lahir.Alhamdulillah sampai ke ari ni aman tak pernah kena ruam kat punggung die berkat mama amalkan sapu cream ni selepas tukarkan drypers.cream ni memang mama suggestkan kat korang apply kan kat anak masing-masing.harga pon mampu beli.dan untuk satu botol cream tu leh bertahan 2-3 bulan.jimat kan.




4.Calamine Cream
Ni pon salah satu cream untuk ruam.cream ni mama pernah dapat jugak masa buat check up kat klinik kesihatan dulu.mama pon pernah apply kat aman masa die kena ruam.tapi maybe die tak sesuai kat aman kot.bila mama apply kan kat aman, ruam die semakin teruk.mb aman pon kuat berpeluh, so agaknya tak berapa sesuai.lagi satu bila mama sapukan kat bahagian kena ruam tu, lame-lame die macam berminyak sikit.sebab tu lah kot ruam aman makin teruk.ade baby yang sesuai bila gunakan cream ni.so bergantung jugak.




Ni lah 4 barang yang mama pernah gunakan untuk kurangkan ruam pada aman.yang mama gunakan sampai sekarang no.1 hingga 3.pada mama ia dapat membantu kurangkan ruam dan sekaligus anak mama pon selesa bila mama apply benda ni kat die.takde pulak tengok die merengek-rengek.Alhamdulillah semua tu sesuai untuk kulit die.jadi mudah lah kerja mama bila ALLAH permudahkan semua urusan.para ibu-ibu boleh lah cuba barang-brang yang mama suggest kan kat atas tu ae.sharing is caring..:-D

No comments:

Post a Comment