Tuesday 9 April 2013

Jom mengundi...

Assalamualaikum.

Baru kejap tadi SPR dah umumkan tarikh untuk semua rakyat Malaysia pergi mengundi.hari penamaan calon jatuh pada tarikh 20 April dan tarikh mengundi pulak pada 5 Mei.apsal hari ahad...tak best lah camtu.tak dapatlah mama cuti free.kalau buat ari sabtu kan best.ari sabtu memang mama kena kerja.walaupon half day jek, tapi boring okey..kalau mengundi tu ari sabtu, confirm lah mama tak payah kerja.tapi..:(

tahun ni tahun pertama pergi mengundi.hihihi...sebelum ni patutnya dah layak pergi mengundi, tapi tak daftar pulak.tu yang tak dapat join mengundi masa pilihanray yang lepas.nak jugak merasa camana suasana mengundi tu.excited pon ada jugak ni.huhuhu...camana lah rupa bilik mengundi tu kan.selalu tengok dalam tv jek.kali ni real punye..:D

harap-harap hari mengundi tahun berjalan lancar.tak nak ade perkara gaduh-gaduh macam pilihanraya yang sebelum ni.mengundilah dengan aman.jangan jadikan pilihanraya ni gelanggang nak bergaduh dan bermusuh.fikirlah secara matang dan tak perlu ada perasaan yang tidak antara satu sama lain.tak kira lah dari pihak mana pon.

okeylah..selamat mengundi untuk semua.lakukanlah tanggunjawab anda.nak tahu mama undi siapa??..jeng..jeng..undi adalah rahsia.takleh kasik tau sama orang.hehehe....jadilah pengundi yang bijaksana.pangkah pada yang betul-betul boleh mentadbir dan membantu rakyat.pada calon-calon yang telah dipilih tu, jalankanlah tugas selepas dipilih.jangan masa nak pilihanraya jek nampak muka.lepas menang, nak nampk pon susah.takmo camni okey.marilah mengundi...:D


No comments:

Post a Comment