Friday 12 April 2013

Tak berhati perot...

Assalamualaikum

Salam jumaat..penghulu segala hari dan penuh barakah.Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi melihat dan bernafas dibumi ALLAH ni.dan yang istimewa masih diberi peluang untuk bersam-sama insan yang disayangi.terima kasih ALLAH.sesungguhnya KAU tuhan semesta alam.Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha pengasih.

tapi dalam ALLAh memberi kita peluang untuk hidup lagi, masih ade manusia yang berlaku kejam.kejam maksud mama, kejam terhadap insan kecil yang bernama anak.saban hari kita pasti dengar kes buang bayi disana sini.cara anak kecil ni dibuang ibarat sampah.sampah yang tiada makna langsung dalam hidup si pembuang.oh..sungguh sedih dan sayu bila mama dengar berita macam tu.

tak sayangkah pada anak kecil yang tak bersalah tu.mereka ni ada yang dijumpa di tong-tong sampah, di sungai-sungai, di longkang-longkang, di lubang jamban dan yang paling menyedihkan ada yang sanggup mencampakkan bayi mereka yang tak berdosa itu dari tingkat rumah flat atau pangsa.bayangkanlah bayi sekecik tu yang perlukan belaian kasih sayang dari ibubpanya, tapi dibuat sebegini rupa.dimanakah sikap kemanusiaan??sebegitu jahil..apakah tiada sifat kasih ke pada anak sendiri.

yup mama faham..kebanyakkan yang dibuang itu adalah anak yang diluar pernikahan yang tidak sah.jika anak itu dari hasil perhubungan yang tidak sah, patutkah ia dibuang begitu sahaja.sedangkan mereka ini tidak berdosa langsung.yang berdosa itu adalah ibu bapa mereka.kenapa si anak yang menjadi mangsa.sedih hati mama bia dengar yang kebanyakkan kes itu terdiri dari orang Islam sendri.:(

dimanakah salahnya bila kes-kes pembuangan bayi ni semakin menjadi-jadi.siapakah yang oerlu disalahkan..pada mama semua institusi perlu memainkan peranan.tak kira dari keluarga,masyarakat dan pemimpin.semua patut bekerjasama dalam menangani perkara ini semakin teruk kelak.janganlah jadikan anak-anak kecil tu mangsa.mana tau kan, anak yang dibuang tu boleh menjadi pemimpin ke satu hari nanti.

kat sini mama nak menyeru dan mengingatkan pada semua dan diri mama sendiri supaya sentiasa memuhasabah diri sendiri.jika melakukan kesilapan balik lah pada ALLAH.sesungguhnya ALLAH tu maha pengampun.sama-samalah kita teguhkan iman supaya tak mudah terpedaya dengan godaan syaitan yang menyesatkan tu.

No comments:

Post a Comment