Friday 24 January 2014

Corat Coret

Assalamualaikum semua.

camane nak mula kan dulu ae.huhuhu..sebenarnya badan masih rasa letih lagi lepas balik dari trip ke over the sea lh konon nya.dengan tak cukup tidur lagi.korang mesti nak tau mama pergi negara mana kan kali.ceteka..ceteka..okey lah tak yah nak teka-teka sangat lah.mama terus terang jek lah, trip kali ni mama pergi Dubai, UAE.

kat mana tu?? pergi google sana ae.jangan nak malas malas ye.hehehe..Dubai ni terletak di kawasan negara arab.dia berjiran dgn negara Oman.yang lain lain cari sendiri k.:D.dan landmark yang paling popular kat dubai ni, Burj Khalifa.bangunan teringgi di dunia.buat masa skrg ni lah.rasa nya akan datang akan ada bangunan tertinggi dari burj khalifa ni.kalau tak silap mama kat China.wow..diaorang ni berlumba-lumba nak bina bangunan tertinggi di dunia nampak..

Percutian kali ni disponsor 100% oleh mama punya company aka boss.hehehe..rugi woo..kalau tak pergi.dah free kan.sebat jek lah.sebelum ni company trip boss bawak pergi hong kong.tu 2 thn punya cerita.korang nak jugak ke mama cerita.tak payah lah.klau ada yang request mama akan cerita kot.tu pon kalau ada yang nak lah.hahaha..

boss sponsor semua lah cuma tang nak beli barang tu sendiri punye duit lah.tak kan tu pon nak mintak boss sponsor pulak kan.melampau..trip ni selama 5 ari 4 malam.ikutkan takde lah lame mane pon.tapi tu pon dah sedih-sedih rindu anak kan.sob..sob..iyelah first time tinggal kan anak.tu yang rindu rinduan tu.ngader sangat kan,:P

korang nak ke mama cerita pasal trip mama ni secara detail??ada yang nak ke??hehehe..takpelah nanti mama akan buat entry khas berkenaan percutian mama ke dubai tu.tapi kena tunggu mama free sikit lah ae.sebab banyak tempat & benda yang menarik tentang dubai mama nak cerita.pada mama trip ni best sangat dan banyak benda yang mama tengok kat sana mengagumkan.amazing weii...tunggu entry seterusnya ae..okey layan lah gambar yang mama tepek kat bawah ni.bye..

Burj Khalifa

Palm Jumeriah
 

Wednesday 8 January 2014

Tak suka orang camni..

Assalamualaikum

nak tanya korang semua pernah tak korang masuk toilet nak membuang hajat, pastu tengok tengok kat mangkuk tandas tu ada hampas peninggalan dari org yg sebelum tu gunakan???dan apa perasaan korang masa tu??first mesti eeuuwww....nk muntah.betol tak.orang jenis macam ni nak label kan apa ye..adakah ni sikap atau tabiat buruk??

okey berbalik pada cerita kat atas tu, berapa ramai antara kita ni lepas guna kan tandas awam/ umah yang lepas jek pam akan tengok balik kt mangkuk tu??ade tak sisa sisa yang tertinggal.dari pengalaman sendiri rasanya dah banyak kali terkena macam tu.lagi lagi bila nk guna kan tandas yang kita berkongsi dgn org luar.antaranya tandas kt mall dan office.giler geli weeiii...dah lah kita ni nak melepaskan hajat, tup tup tengok kat mangkuk ade benda yg..korang sendiri fahamlah kan...

mama ni kadang kadang tu jadikan masyarakat yang prihatin, tolonglh pam kan utk org yang tak reti nk jaga kebersihan ni.kadang kadang tu ada yang kencing pon tak reti nak pam.wooiii...benda ni pon nak kena ajar ke??marah ni tau.tau tak geli okey..korang jangan buat perangai camtu tau.jangan ingat tandas tu korang punya sendiri.fikir fikir lah orang yg nk gunakan lepas tu.tanamkan lah sikap yg prihatin ye.

kalau nak tau mama ni cukup pantang kalau bab bab camni.leh ilang mood tau.iyelah kita ni berusaha utk jaga bab bab ni.tapi orang lain..mmg bikin marah.huhuhu..bukan ke kebersihan tu di tuntut dalam Islam.jadi jaga lah sama sama.buang sikap penting kn diri sendiri tu.kalau rasa malas nak pam toilet, tahan jek pastu buang jek kat umah sendiri.pastu buatlah tabiat camtu.tak yah pam dan biar jek..so leh tengok apa jadi kat toilet umah sendiri jadi apa.wangi ke busuk..

Wednesday 1 January 2014

Tahun Baru 2014

Assalamualaikum..


fuh..fuh..dah berhabuk blog ni.lama dah mama tak tulis ape2 kat sini.ceh..macam lah ade yang nak menanti entry diri ni kan.ngeh..ngeh..nape lame mama tak tulis ape2 kat sini.senang dan mudah jek jawapan.mama no idea nak tulis kat sini.balik2 cite pasal anak kan.takot ade yang bosan jek nanti...

sempena dah masuk tahun baru 2014, mama nak ucap selamat tahun baru yg sudi nak bace blog picisan ni.walaupon tak seberape pon kan.terima kasih diucapkan.apa azam korang semua sempena tahun baru ni??mama punye azam same jek macam tahun2 sebelum ni.nak yang terbaik dalam hidup.tu jek lh.tak nak tanam azam banyak2.takot tak tercapai pulak nanti.hehehe..

pada yang dah tanam azam, mama doakan kalian akan berjaya mencapai ape yang diinginkan.semoga semua ape yang diazamkan akan tercapai nanti ye.Insyallah..

azam untuk blog ni pulak, mama akan rajin2 kan diri nak update dan semoga entry akan datang akan memberi manfaat pada semua.kurangkan kontrovesi tingkatkan prestasi.bunyi dah macam retis pulak kan.

jadi di tahun baru mama mulakan dengan yang trip ke over the sea.kat mane???tu kena tunggu lah mama update nanti ye.cume mama bagi klu ae.tempat yang menarik dan kat situ ada bangunan tertinggi di dunia.ceteke..ceteke..ngeh..ngeh..ok bye...jap sebelum tu nak tepek satu gambar anak teruna mama sorang ni ae.jemput tengok ae.salam.

macam retis tak kite..hehehe..mama & papa sayang kamu ketat2.:D