Thursday 6 June 2013

Salam Israk dan Mikraj

Assalamualaikum..

Salam Israk mikraj untuk semua.semua umat Islam pasti tahu mengenai hari Israk Mikraj ni.dimana ketika ni Rasullulah telah diangkat ke langit dan berjalan lah baginda sepanjang malam.dimana sepanjang perjalanan itu baginda telah diperlihatkan banyak kejadian aneh dan ajaib yang telah berlaku.kisah ini telah pon diceritakan didalam Al-quran.kisah ni amat-amat menyedarkan bahawa akhirat tu pasti dan hari pembalasan pon pasti.cuma bila hanya ALLAH sahaja yang tahu.

bersempena hari yang baik bulan yang baik ni sama-sama lah kita panjatkan kesyukuran ke atasNya.yang memberi kite kesempatan lagi untuk bernafas dan menikmati kehidupan bersama-sama insan yang disayangi.walaupon banyak ranjau yang perlu ditempuhi, tapi anggaplah ini satu ujian dari ALLAH.dan anggaplah jugak ini sebagai benteng kasih sayang ALLAH untuk kita mahlukNya.

dan bersempena 27 Rejab ni, genaplah umur anak teruna mama Aman Firas Ahmad Damai setahun.memang masa sangat-sangat pantas bergerak.dan diusia setahun ni ALLAH berikan mama peluang untuk kami bersama dalam saat suka dan duka.dan ALLAH sentiasa berikan mama dan papa kesabaran, kekuatan dan teguhkan iman kami untuk mendidik Aman.

masih teringat saat mehirkan Aman.walaupon kesakitan tu hanya ALLAH jek maha mengetahui, tapi sesunggohnya ALLAH telah pernudahkan semua urusan kami.takde banyak masalah yang mama hadapi, walaupon ketika tu Aman lahir lebih dari hari yang dijangkakan.saat pertama kali menatap ciptaan terindah ALLAH tu, hanya kata-kata syukur jek yang dapat mama panjatkan.memberi peluang untuk mama bergelar seorang ibu kepada insan bernama anak.cukup-cukup indah saat itu.

semoga anak mama membesar menjadi anak yang soleh, taat pada perintah ALLAH, diberi cergas tubuh badan dan cerdas akal.Insyallah.jangan sesekali lupa berdoa pada ALLAH.sesungguhya ALLAH suka akan hambaNya yang selalu bermohon padaNya.mama pon harap agar ALLAH berikan mama dan papa kesihatan dan murah kan rezeki supaya kami dapat besarkan anak-anak kami dengan baik dan penuh nilai kasih dan sayang.Selamat hari lahir AMAN FIRAS.We love you so much..

 

 

No comments:

Post a Comment