Monday 27 May 2013

bila anak demam,selesema & batuk

Assalamualaikum

Rasa dah lama tak post apa-apa kat blog ni kan.rindu lak tiba-tiba..memandangkan cuaca skrg ni yang tak menentu, maka ramai lah yang sakit kan.tak terlepas kat anak teruna mama tu.kesian mama tengok kan.minggu lepas mama cuti sempena hari wesak.konon-konon nak relax lah.tapi bangun pagi-pagi rasa badan aman panas semacam jek.

pastu check temperature badan die, amek ngko..nak cecah 39degree.tinggi kan.mama dengan papa pon dah start risau lah.iyelah last die demam masa umur 4 bulan.ni datang lagi.apa lagi kelam kabut lah mama nk turunkan suhu badan die.letak cool fever, tuam badan die..semua tak jalan.kejap jek kebah suhu badan die.pastu naik balik.

mama tak terus bawak pergi klinik.nak tengok sampai keesokkan hari.tapi panas badan die masih tak kurang.kesiannya malam tu die tido tak selesa.asyik merengek jek.mau taknya, demam+selesema+batuk..tu yang buat die tak selesa.pagi2 sabtu mama dgn papa bawak aman pergi klinik dan doctor cakap badan die panas sangat.then doc terus suggest masukkan ubat bontot.

balik klinik dari klinik, terus bagi die tido dan tak lama tu suhu panas badan die pon turun.tapi selesema dgn batuk masih ada lagi sampai ke ari ni.sampai meleleh hingus.dan die pon tak suke orang pegang hidung die time selesema ni.abes dimarahnya kiteorang ni.huhuhu...anak punya pasal kan.doc cakap budak bawah setahun tak galakkan bagi makan ubat batuk dan selesema.biar die baik sendiri.betul jugak kan.biar die lawan sendiri sakit die tu.

dah bape malam ni malam tido tak lena, gara-gara aman asyik merengek jek time tido.sebelum tido tu mama urutkan dan sapu lah minyak yu yi kat kaki die ngan belakang badan die.bagi die selesa sikit.bila anak sakit ni, ati ibu mana tak risau kan.kalau boleh biarlah kita sakit.rasa tak sanggup nak tengok anak kecil tu sakit.ni baru anak demam, bayangkanlah ibu-ibu yang anak sendiri sakit teruk.betapa mulia kan insan bernama ibu.bila dah jadi ibu ni baru mama faham erti pengorbanan seorang ibu.semoga anak mama cepat sembuh ae sayang..rindu nak tengok die lasak-lasak macam dulu.

ni ari first aman demam...

tengok mata aman, sedih mama tengok bila die sakit camni
 

No comments:

Post a Comment