Wednesday 8 May 2013

First time mengundi..

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama mama tak tulis pape kat blog picisan mama ni.ceh..ceh..macam ade jek orang nak baca kan.bukan orang popular pon.huhuhu...perasan jek lebih mama ni kan.walaupon hari mengundi dah lepas, tapi mama nak jugak letak gambar mama pergi mengundi.hehehe...

mesti ada yang cakap, woi..dah lambat lah ko ni.orang dah bukak cerita lain lah.hihihi....tak kira nak cerita jugak.:P.untuk pengetahuan semua, ni kali pertama pergi mengundi.walaupon sebelum ni dah layak, tapi kekangan masa buat mama terlupa nak daftar.nampak macam sibuk tak???macam jek...tapi tak pon.:P

mama mengundi kat kampung mama kat kota tinggi.seronok jugak pergi mengundi ni.yang best part tu dapat jumpa kawan-kawan lama masa kat sekolah dulu.dah macam raya pulak.rugi sapa tak mengundi tau.mama pergi dengan adik dan abang mama.so bila 3 beradik ni pergi, memang snap snap sane sini lah..hihihi...jangan marah haaa.

semua pon dah tau sape yang menang kan.jadi tahniah pada yang menang tu.tunaikan janji2 yang telah ditabur masa kempen aritu ye.dan rajin-rajinlah turun padang jenguk nasib rakyat ni.jangan time nak raih undi tu jek semuanya nampak.dan pada pembantu atau ahli pada wakil rakyat tu, jangan lebih sudu dari kuah ye.tak mo camtu.dan pada yang tak dapat menambat hati rakyat jangan putus asa.usaha lagi lain pilihanraya ye.sumbangan anda sangat kami hargai.iyelah perlu jugak orang camni.bagi kesedaran sikit pada wakil rakyat lain supaya jangan rasa selesa jek.apa2 pon ambil yang keruh buang yang jernih.kita dibawah satu negara, tak perlu nak gaduh2 dan tuntutlah hak disaliran yang betul.jangan membuta tuli sahaja sehingga orang nampak kelemahan kita.

okey lah jom layan gambar kami adik beradik sewaktu hari mengundi.hehehee....jumpa next pilihanraya ye.tu pon kalau dipanjangkan umur.Insyallah.semoga negara kita sentiase diberkati ALLAH dan jauhkan dari pemimpin yang gila kuasa, duit dan kedudukan.mereka ini lah yang merosakkan agama, bangsa dan negara.










 

No comments:

Post a Comment