Tuesday 3 September 2013

bila harga minyak naik

Salam

Pasti semua dah sedia maklum pasal kenaikan minyak baru-baru ni kan.bila petrol ron95 naik dari RM1.90 kepada RM2.10 dan diesel pulak dari harga RM1.80 naik pada RM2.00.maka kenaikan sebanyak 20 sen telah dibuat oleh kerajaan.nampak 20 sen tu sikit jek kan.tapi pada mama banyak woo..sapa nak bagi 20 sen kan.bila harga minyak naik, sudah pastilah yang lain-lain pon ikut naik kan.okey mama listkan secara ringkas kesan dari kenaikan harga minyak ni.

1) Harga barang-barang mentah naik.
    - part ni semua mesti dah sedia maklum kan.masa ni berebut-rebutlah para peniaga nak 
      naik kan harga barang.alasan simple dan kita ni sebagai pengguna kena terima jek.kalau 
      tak terima maka korang tangkaplah ikan sendiri kat laut, pastu tanam sayur sendiri.tak 
      payah nak beli-beli okey..errmm...camana tu kan????

2) Harga segala barang-barang  naik
     - Okey bab ni yang paling menyusahkan rakyat pada mama.korang bayangkan lah bila harga barang mentah naik, maka kos-kos lain tu turut ditambah.contoh biasa korang beli harga kerusi plastik dalam RM10.bila semua kos-kos nk buat kerusi tu naik, maka keseluruhan pon akan naik jugak.maka harga akan naik ke RM10.90.angka kat depan tu still 10.tapi nilai tambah tu sampai 90 sen.banyak kan.ni contoh jek.

3) Harga makanan naik
    - susah nak komen part ni.semua pon dah sedia maklum.bila minyak naik, maka berlumba-lumba lah mereka ni nak naik kan harga.iyelah kos-kos lain dah naik kan.kalau nk harga sama, kuantiti makanan dikurangkan.adil kan.errmmm...sambil garu dagu.rasanya orang meniaga makanan ni jarang rugi kalau masakan tu memang sedap kn.bak kata mak mertua mama, sepanjang dia meniaga kedai makan ni tak rugi pon.banyak untung lagi ada.tu mak mertua mama yang cakaplah.rezeki masing-masing kan.

4) Harga tambang pengangkutan awam naik
    - kesian bila teringatkan zaman dulu-dulu guna pengangkutan awam.memang terasa wei bila tambang bas di naikkan.golongan yang berpendapatan tak seberapa dan nak berjimat gunakan pengangkutan awam terpaksa lah buat rombakan kewangan mereka.lagi-lagi kalau gaji tak naik.nak catu yang mana satu ni.makin ramai lah orang tak kawen camni.iyelah mana nak simpan duit, mana nak antar kat orang tua kt kampung.sedih pulak dengar camni.dan makin kuranglah anak-anak balik ke kampung jengah mak bapak.kalau yang dekat okey lagilah.at least 2 minggu or seblan sekali.kalau yang jauh, memang setahun sekali lah gamaknya balik.sedih..:(

5) Harga yuran pengajian pon naik
    - korang ingat takde kene mengena ae.ade wei..mesti dieorang ni akan naikkan yuran pemgajian tak kira dari yang sek tadika, rendah, menengah dan kat IPT.korang bayangkan kalau satu family tu punya anak yang ramai untuk bersekolah.berapa banyak duit si bapa dan ibu perlu sediakan.sedangkan budak sek tadika pon kena bayar segala keperluan hampir ke 4 angka.jadi tu belum anak-anak yang lain.mama pon pernah merasa bila kami 7 beradik sekolah serentak.sian abah time tu.terpaksa buat  banyak kerja untuk besarkan kiteorg.:(.maka mak bapak sekarang kena lah menabung untuk anak-anak sek ae.ke ada yang cakap PTPTN kan ada.apa ade hal kan.mama kalau boleh tak galakkan anak-anak ambil PTPTN ni.korang bayangkanlah yuran perkhidmatan die tinggi okey..mama ni salah sorang peminjam.memang sesak nak habiskan bayar.tu terpulanglah...lain orang lain caranya.

6) Kes jenayah makin meningkat
    - sapa kata takde kena mengena.cuba korang bayangkan bila kos hidup semakin tinggi, maka manusia ni jadi terdesak.terdesak nak beli macam-macam pastu duit tak cukup.lagi-lagi bila kehidupan orang kaya-kaya jek kat tv dok tayang.pastilah orang yang terdesak ni nak jugak ada.bila berkerja dengan nilai gaji yang tak seberapa tu, maka carilah mereka ni alternatif yang lain.cepat dan tak yang susah-susah.maka mereka yg terdesak ni lah akan mencuri, merompak, peras ugut orang dan macam-macam jenayah lain lah yg boleh datangkan duit pada mereka ni.nampak tak kesan tu.ke ada yg nak cakap, 'syukurlah negara kita masih aman'.klise jek ayat tu kan.ermm..garu dagu lagi.

rasanya cukup lah kot mama list kan kesan bila harga minyak naik.yang lain-lain tu korang fikirlah sendiri.mesti dah ada jawapan sendiri kan.mama pon pakar pon nak cakap mengenai ekonomi semua ni.tapi pada yang pakar tu, fikir-fikir lah tentang nasib rakyat.kurangkan sifat boros tu kalau nak rakyat contohi anda semua ye.apa yang tak patut tu tak payah ada kan kot kan.dan apa kata semua kereta untuk urusan rasmi kerajaan tukar pada kereta wira.jimat minyak sikit kan.agak-agak korang pak menteri nak tak.hahaha...hanya cadangan jek.kalau tak nak guna pakai pon takpe.kalau guna pakai, memang gua respect lah..hahahaha...

okeylah terbanyak sangat tulis.tulisan yang penuh emo.hahaha...ni cuma pandangan peribadi jek.takda sangkut paut tentang politik ye.tak kira sape pon kerajaan yang memerintah, pada mama tak banyak beza.kenapa mama cakap camtu..pada mama politik sekarang hanya untuk kepentingan diri sendiri.bukan nak bela rakyat semata-mata.kalau ade pon berapa kerat jek kot.nak tak nak kita rakyat kena terima apa yang ditetapkan oleh kerajaan kan.syukur..hanya ALLAH jek dapat membalas semua ni.

No comments:

Post a Comment