Friday 1 March 2013

Lahad Datu diserang..

Assalamualaikum

berita terkini yang mama dengar lahad datu telah diserang oleh kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.penceroboh ni telah berkampung di kawasan Felda Sahabat 17, Kg.Tanduo,Lahad Datu sejak beberapa minggu yang lalu.sebelum PM ada memberi amaran supaya penceroboh ni berpindah dari situ.tapi mereka mengabaikan amaran yang diberikan kerajaan Malaysia dan tempoh sudah tamat.bila tempoh dah tamat, mereka menyerang pulak.jahat giler kan penceroboh ni.dah lah ceroboh negara orang.pastu suka2 jek nak  buat macam negara orang.

dan yang terbaru jugak mama dengar 2 orang anggota komando polis telah terbunuh dalam serangan itu selepas terkena serangan mortar dari penceroboh tu.masa kejadian komando polis ni sedang berkawal di salah satu dari pos di sekitar Kg.Tanduo tu.dan ada beberapa orang lagi anggotan yang cedera dan dihantar ke hospital Lahad Datu.Takziah buat semua keluarga anggota yang meninggal dunia dan yang cedera.semoga tabah menghadapi dugaan dari ALLAH ni.

Diharap pihak kerajaan Malaysia dapatlah mengambil tindakan secepat yang mungkin untuk mengawal keadaan kat sana.ditakuti keadaan semakin meruncing pulak.iyelah penceroboh ni pon yang mama tahu, mintak macam2 kat kerajaan Malaysia.padahal dia yang ceroboh.pastu main ugut2 kan.tembak baru tau..huhuhu..emo2..kalau boleh kerajaan malaysia jangan ikut kan sangat permintaan dieorang ni.halau jek..ni bukan negara mereka.kenapa harus nak ikutkan semua tuntutan mereka tu kan.

mama kesian jugak dengan penduduk kat lahad datu sekarang ni.mesti dalam ketakutan kan.kalau mama pon takot okey.iyelah bila2 masa jek penceroboh ni boleh serang penduduk awam.dengar cerita semua penduduk diarah berkurung dan jangan pergi kemana2 yang boleh membahayakan keselamatan mereka ni.semoga semua penduduk kat situ tabah menempuhi ujian yang hebat ni.mama doakan lepas ni tiada lah lagi yang terkorban.kesian pada mereka semua.sama2 lah kita doakan kesejahteraan semua penduduk di Lahad datu ni.semua sumber ni mama dapat dari bernama berita harian online http://www.bharian.com.my

p/s:dalam keadaan yang genting ni pon ade yang cakap ni semua agenda politik..isk2..ade ke patut camtu.patutnya kita semua bersatu untuk menghalau semua penceroboh tu.bukan nak bermain politik lagi ye..ni bukan main2 okey..

No comments:

Post a Comment