Sunday 31 March 2013

bila si mati di umpat..

Assalamualaikum

Hampir setiap pagi papa akan bukak tv untuk bagi aman tengok.bagi die leka sikitlah.sambil2 tu mama pon bersiap lah nak pergi kerja.tv yang biasa papa bukak iyelah tv9.kenapa tv9???sebab waktu pagi2 ni ada tazkirah2 dari ustaz.bagos untuk terapi kami di pagi hari.dengar perkara2 yang baik.untuk aman jugak.biasa lepas program tanyalah ustaz, program Rasul yang kata.bab ni memang mama suka lah.dalam rancangan ni siap ada zikir-zikir yang memuji Ilahi dan Rasulluallah dalam bentuk qasidah..seronok tengok anak-anak kecil berqasidah..aman pon suke tengok .hehehe... 

dalam rancangan Rasul yang kata ni membincangkan tentang hadis-hadis sahih dan hadis palsu.bagus bila tengok rancangan ni.dalam masa yang sama beri info mengenai hadis-hadis sahih.sebab kita lihat sekarang ni banyak hadis-hadis palsu yang wujud.tu boleh memberi kesan yang tak baik pada kita umat Islam.sebab ade sesetengah bila ternampak ayat-ayat berbentuk hadis jek, terus mempercayai tanpa menyelidik samaada itu hadis sahih atau palsu.memang mama galakkan semua tengok rancangan ni.dalam rancangan ni pon ada adik-adik comel yang terlibat sama.

kat sini mama nak bercerita sedikit mengenai hadis yang dikongsikan oleh ustaz pada pagi mengenai memperkatakan perkara yang tidak baik mengenai orang yang telah meninggal dunia (sesama Islam).ia amat tidak digalakkan.is seolah-olah menyakiti pada si mati.jika memperkatakan tentang kebaikan, memang digalakkan.lagipon semua umat Islam adalah bersaudara.jika kita memperkatakan perkara yang tidak mengenai si mati, samalah kita  menikam saudara kita sendiri.

tiba-tiba mama teringat ada seorang pakcik ni, sibuk memperkatakan tentang perihal saudaranya yang telah mati semata-mata akibat duit.errmm...mula-mula tu mama agak terperanjat, sebab yang keluar dari mulut pakcik ini lah kata-kata yang agak kesat.Subhanallah....memang termati kata-kata mama masa tu.ialah sanggup die bercakap camtu kan hanya mengenai duit yang die tak dapat.apa yang mama boleh cakao, semoga pakcik ni cepat-cepat lah mohon ampun pada ALLAH.walaupon ada yang belum selesai lagi oleh si mati tu, tapi janganlah sehingga sanggup berkata sedemikan rupa.semoga pakcik cepat sedar dari kata-kata die yang lepas tu.dan semoga arwah si mati tu aman di sana.Insyallah...

Pada kita yang hidup ni, jangan lah semudah-mudahnya memperkatakan atau mencanangkan perkara-perkara yang tidak mengenai sesiapa yang telah meninggal dunia.lagi-lagi jika orang itu adalah orang Islam.cubalah memaafkan mereka walau sebesar mana pon kesalahan mereka.jika mahu menuntut apa-apa, tuntutlah pada keluarga yang tinggal.tak usah diceritakan perihal tentang si mati tu lagi.mama pon mengingatkan diri mama sekali dari menjadi seperti aini.sama-sama kita berusaha menjadi yang lebih baik.Insyallah..
 

No comments:

Post a Comment