Thursday 7 March 2013

Selamat hari wanita sedunia.....

Assalamualaikum

kepada puan-puan,cik-cik,adik-adik, kakak-kakak dan semua lah yang bergelar wanita, hari ni adalah hari anda semua.selamat hari wanita utk semua dan utk mama jugak..hehehe..apa yang wanita nak pada ari ni.rasa semua wanita nak yang terbaik dalam hidup kan.bahagia disamping orang yang tersayang dan sentiasa dibawah lindungan Ilahi.Insyallah..semoga semua tu akan tercapai.

Dalam kita menyambut hari wanita sedunia ni,masih ada wanita-wanita diluar sana yang terindas tanpa kita sedari kan.masih ada yang menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia tanpa rasa belas langsung.ada yang menjadi mangsa-mangsa dera oleh kaum-kaum adam yang tak bertanggungjawab.sangat sedih bila difikirkan dan dikenangkan.kenapa lah terjadi sebegini rupa.bukankah wanita ni patut dilindungi, dikasihi, disayangi...

sempena hari wanita ni mama nak seru lah pada semua, sayangilah semua wanita yang ada disekelilingi kamu tak kira lah siapa dia.hormati lah, jangan disakiti hati mereka.wanita dijadikan ALLAH untuk berdamping dengan kaum adam.maka semua kepada semua kaum adam, lindungi dan kasihilah wanita.contohi lah sikap dan cara Rasulullah melayani wanita.sesungguhnya Rasulluallah adalah contoh terbaik yang patut kita contohi.

kepada semua wanita, anda semua adalah hebat.walaupon di luar nampak lemah, tapi hakikanya anda adalah kuat dan istimewa.semoga kita semua sentiasa kuat menempuhi segala ujian dari ALLAH di hari-hari yang mendatang.teguhkan hati, kuatkan semangat.jangan sesekali lemah bila diuji.Insyallah...semoga kita semua menjadi wanita yang solehah.aamin..

 

No comments:

Post a Comment