Thursday 28 February 2013

Kerja..

Assalamualaikum.

Kalau cerita pasal kerja mesti macam2 yang semua nak luahkan..betul..semua tu terbuku dalam hati kan..macam2 ragam orang bekerja ni.tu  termasuklah bos jugak kan.semua tu pon korang nak komplen jugak kan.lagi2 bab yang makan gaji ni.memang semualah kena ikut apa yang bos.kalau korang bantah memang kena jeling jek lah kan.pastu tengok bonus hujung tahun nanti.berapa korang dapat kan..tu belum tang kenaikan gaji..tu sendiri fikir laa...hihihi..

apa perasaan korang bila bos akan lebihkan senior dari yang junior??contohnya camni lah..nak pilih pasal nak beli hadiah untuk staff lain.pastu bos mesti nak tanye kat senior tanpa nak bertanya pada yang junior sekali.alasan sebab dia senior..kalau tanya sendiri kat senior tu jek takpe lah.ni tanya depan2 junior dan siap mention awak kan senior.jadi awak buatlh pilihan..jadi apa perasaan junior ketika tu..sure lah akan terasa.mesti dia rasa macam dia ni bukan pekerja kat situ kan.senang cakap macam takda function lah..tu lom bab2 lain macam bonus ke, pilih tempat untuk family day ke..mesti yang senior akan dapat lebih.camane yang junior tu.terpaksalah redha jek lah..

mesti semua boss nak jaga pekerja dia, lagi2 yang da lama kerja.kononya takot orang2 lama ni berenti.tapi dia tak fikir ke pada orang baru ni.kalau dieorang ni tak dijaga betol2, tu yang banyak kes pekerja berhenti lepas 2 3 tahun..iyelah yang senior didahulukan tanpa mengira perihal orang2 baru.sanggup tolak tepi semua tu kan.yang penting orang kepercayaan still stay kat situ.yang baru ni diambil hanya backup jek kerja si senior kan.yang selebihnya hanya mereka sahaja yang membuat keputusan.yang junior hanya dengar dan perlu angguk tanda setuju tanpa nak tanya pendapat mereka tu.

mungkin pendapat orang baru ni tak boleh pakai kot.hanya dengar pastu buat dek jek..ibarat dengar budak kecik bercakap pastu buat muka biase2 jek.susah jugak kan bila bekerja yang still mengikut style camtu.perlu  diingat, jika takda yang baru maka takdelah yang lame jugak kn.sama2 lh berlaku sama rata pada sesiapa sahaja.dan jagalah hati semua orang yang kita kenal tu tak kira samada baru atau lama.

No comments:

Post a Comment