Thursday 7 February 2013

Tiada lagi...Pelangi Petang..

Assalamualaikum..

Biasanya hampir saban  hari mama akan menanti tentang perkembangan kesihatan Ahmad Adam Syukri.tapi lepas ni da takda lagi update mengenai diri adam oleh mama adam.kerana sudah tinggalkan dunia ni,tinggalkan ibubapanya, tinggalkan keluarga, tinggalkan kita semua dan pergi ke syurga ALLAH. mungkin saat ni adam sedang berlari2 dan bermain2 bersama penghuni syurga...Suhanallah..mesti indah kan syurga ALLAH tu.mama pon teringin sangat nak ke sana.entahlah...layak ke tidak diri mama ni.masih banyak kekurangan dari kelebihan.senang kata, masih banyak dosa dari pahala.

Pagi tadi mama sempat lah tengok detik2 akhir adik adam di MHI.thanks to MHI sebab buat slot khas yang terakhir kalinya untuk semua rakyat malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan adam.menitis air mata mama tatkala melihat mama adam.memang kuat mama adam.ketika panggilan telefon dibuat, dari riak suara nora memang dia redha dengan pemergian adam.redha dengan ketentuan yang telah ALLAH rancangkan.tapi dihati hanya ALLAH jek tahu.sebak hati mama bila melihat saat adam dimandikan dan dikafankan.bapa adam turut ada bersama memandikan adam.dari riak wajahnya hanya menahan kesedihan.

selesai dimandikan, dikafankan da disembahyangkan, arwah adam dibawa ke sarikei dengan penerbangan ehsan dari PDRM.memang mudah jek semua urusan untuk adam ni.syukur pada ALLAH.Adam meninggal pada jam 1.19 ptg.kalau tak silap mama dengar pagi tadi.dan jenazah sampai jam 1130 malam di kampung nora ni kabong.dan arwah adam dikebumikan selepas solat jumaat arini.saat melihat mama adam mencium adam buat sekian kalinya, hati mama terus sebak dan menangis.iyelah..hati ibu mana tak sedih kan bila anak tersayang pergi buat selama2nya.pergi dan tak kan kembali lagi.hanya kenangan yang tinggal.dan hanya kubur sebagai tempat bertemu.tu pon tiada jasad yang dapat dilihat.

semoga keluarga arwah adam sentiasa tabah menempuhi dugaan dari ALLAH S.W.T.Untuk nora..kamu ibu yang kuat..sekuat arwah adam untuk bertarung hidup untuk mengembirakan kamu.kamu beruntung sebab dipilih oleh ALLAH untuk menjadi ibu adam.menjadi ibu kepada anak syurga seperti.kesabaran & kekuatan anda patut dicontohi.tanpa jemu menjaga adama sehingga keakhir hayat adam.mesti adam pon bangga dapat jadi anak nora.mama pon ada anak yang sebaya dengan adam.sebab tu bila tengok adam mama cukup tersentuh.sebab tu mama sayang adam jugak walaupon mama tak pernah bersua dengan adam.

untuk papa adam,sentiasa bersama isteri.berilah semangat untuk nora untuk teruskan.mungkin saat ni nora masih merasai kehilangan adam.jadi dia perlukan sokongan dan kekuatan semangat.percayalah semua yang berlaku semua ada hikmah.mungkin ni yang terbaik untuk adam.Insyallah di suatu hari nanti kamu sekeluarga akan dikurniakan anak yang lain.ketika itu jagalah seperti kamu berdua menjaga adam dengan penuh kasih dan sayang.semoga adam sentiasa tenang disana.dah takda wayar2 yang bersilarat di tubuh adam lagi.adam dah tak perlukan itu semua.kebahagian dan kegembiraan ada di syurga sana.nantikan ibubapamu di pintu syurga..

belaian terakhir dari ibu tersayang..
 Mama dedikasikan lagu ni buat adam...walau dirimu tak bercahaya, tapi hadirmu sudah cukup memberi sinar kebahagian buat ahli keluargamu walaupon hanya seketika pinjaman dari ALLAH.tapi sudah cukup memberi cahaya.dari ALLAH kita datang dan dari ALLAH jugak kita kembali.Al-fatiha..
 
Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

 

No comments:

Post a Comment