Tuesday 5 February 2013

Pelaris...

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..harap2 semua sihat jek.da macam rasa tulis surat cinta lak kan mama ni.walalaupon hakikatnya mama ni bukanlh penulis surat cinta yang terror pon kan..errmm...mama ni cerita macam pernaj tulis surat cinta kan.apa daa...aptb..:D.chop..terpanjang lak intro yang merepek2 ni.takda kena mengena dengan tajuk kat atas tu pon.okey..cuba korang tengok gambar kat bawah ni dan sendiri komen lah..

Ada nampak apa2 tak kat gambar ni...
Okey korang tengok gambar kat atas ni.ada nampak yang pelik tak?janganlah tengok tang makanan tu jek...tapi..kat atas pinggan tu.ada nampak bayangan seolah2 benda pelik menyerupai hantu.errrmmm..hantu ke..larikkk..hehehe..mama pon sebenarnya tak tahu apa benda tu.

Actuallu gambar ni mama ambil dari kawan satu sekolah menengah mama kat fb dia.dia ada pos gambar ni kat wall fb dia.bila mama tengok agak terperanjat lah.iyelah niat yang awalnya nak ambil gambar anak & wife dia tu.tapi tak sangka pulak bila dia tengok balik gambar tu, tadaaa...ni yang muncul.tu pon lepas dia habis makan semua makanan.

ada kawan2 yang komen takot ni pelaris yang digunakan oleh owner kedai tu untuk lariskan perniagaan dia.tapi ada jugak yang cakap takot ada orang nak hantar sihir...dan ada jugak yang cakap, takot effect dari hp tu jek.iyelah..hp sekarang ni semua canggih2.tang pelaris tu mama macam ngeri sikit.iyelah mama ada jugak dengar cerita pasal ramai orang gunakan pelaris ni untuk majukan bisnes diaorang.lagi2 bab meniaga kedai makanan.yang paling sedih tu yang ambil tu ramai orang melayu kita yang beragama Islam.sedih kan...:(

Mama pon jadi pelik bin ajaib lah kan..kenapa lah perlu ni semua.kenapa tak percaya dengan rezeki dari ALLAH.dan orang yang buat camni takda rasa takot ke dengan balasan dari ALLAH.biasanya orang2 yang buat benda2 camni rezeki dia takkan kekal.mesti ada jek kesusuahan yang akan menimpa kelak.Istighfar banyak2..tak salah kan kalau nak maju dalam sesuatu benda mengikut landasan yang diredhai ALLAH.tu lebih barakhah kan.bukan ke rezeki tu dari ALLAH.tak perlu itu semua.dapat dosa adalah...betol tak.

Apa2 pon...mintak semua yang ada niat yang tak baik camtu, mintak lupakanlah..yang da buat tu, mintak bertaubat lah selagi masih ada masa ni.iyelah kita pon tak tau bila kita mati kan.termasuklah mama pon tak tau bila ALLAH nak ambil nyawa mama ni.entah esok..lusa...minggu depan..tak pon kejap lagi ke.semua tu urusan ALLAH.kita sebagai hambaNya..hanya berserah.usaha lah dengan hati yg ikhlas,tiada unsur2 penipuan dan riba'...berniaga lah dengan cara yang telah ditetapkan oleh Islam.tu lebih afdal kan.bukan sahaja dapat untung..tapi dapat pahala.untung kan..kan..

 

No comments:

Post a Comment