Tuesday 27 August 2013

Gathering Hari Raya di Villa D'faro A famosa Resort

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas mama dan kawan-kawan ada buat gathering.nak tau kat mane?tempat yang best dan sesuai bagi kiteorang and sesapa yang nak pergi bercuti secara berkumpulan dan juga yang ada anak kecik macam kami semua.hehehe.ceteke..ceteke.dah lah tak nak teka sangatlah kan.gathering kali ni kami buat kat Villa D'faro di afamosa resort.untuk info semua, villa ni betul-betul ada kat dalam afamosa.jadi amat sesuai lah kalau yang nak mandi manda dan jalan-jalan kat famosa resort untuk stay kat villa ni.

kat villa yang kami duduk ni, ada 4 bilik dan 2 bilik air.setiap bilik tidur ada aircond.jadi tido anda pasti nyaman.villa ni jugak ada disediakan peti ais, microwave, kattle, rice cooker, dapur dan peralatan untuk memasak.kalau nk buat bbq pon boleh.ade tempat bbq yang dia sediakan.cuma bawak jaring, arang dan makanan yang korang semua nak masak.mudah kan.jadi tak payah keluar cari makan kat luar.sambil berbbq tu boleh mandi di swimming pool.macam villa yang kami duduk ni, swimming pool dia kat depan rumah.jangan risau ade pokok2 yang dia  tanam.jadi bila mandi tu takdelah orang lalu lalang depan rumah nampak korang mandi.hehehe..

best tak villa yang mama cakap ni.kiranya pada sesiapa yang nak spend time lame bersama family atau kawan-kawan, rasanya ni tempat yang sesuai untuk korang pergi.berbaloi-baloi tau :D.selain villa, kat afamosa resort ni ada macam-macam antaranya water world (untuk yang nak mandi kat waterpark), safari nigth, cowboy town (dua-dua ni kalau tak silap mama dia ada pada waktu malam jek).ada jugak pintball.banyak lagi lah.kalau nak tau datang sendiri lah.mama pon tak pergi jalan-jalan kat afamosa tu.

kiteorg cume lepak-lepak kat villa sambil makan dan mandi kolam.satu family bawak dish sendiri dari rumah.sampai sana terus ngap..makanan haruslah berkonsepkan hari raya kan.ada ketupat, rendang, ayam goreng, lodeh, spageti dan macam-macam lagilah.takde gambar makanan.dah leka makan sampai lupa nak snap gambar makanan.huhu..aktiviti pon dah cukup best tau.tak caya, pergilah book villa tu cepat.mama dapat contact no. ni semua dari mudah.com.mula-mula tu ragu-ragu jugak kn.iyelah die offer harga untuk villa tu cuma rm500 jek 1 malam.yang lain mama survey harga semua atas 600 hengget ok.jadi kami share untuk 4 family.so korang kira lah sendiri 1 family kena bayar berapa ye.kat situ memang jimat berbaloi-baloi.best tak..hihihi..

dah lah malas nak cerita banyak.biarlah gambar menceritakan semua.psstt...jangan jeles tau gambar kiteorang berbaju raya di tepi kolam tau.hihii...dah macam shoot untuk majalah mangga.kali ni punye trips memang paling best.selain dapat jumpa kawan-kawan, dapat jugak berhari sama-sama di villa ni.kawan-kawan next time kita plan lagi camni ae.semoga persahabatan kita ni kekal sampai bila-bila...sayang korang semua.muuaahh..:-*


mandi kolam..

wajah mama-mama..
papa-papa dan anak lelaki...

kami..:D
gambar setiap family..
candid by us..

gambar tepi kolam


cadid di tepi swimming pool
Selamat hari raya dari Damai sekeluarga.hehehe..


***kalau sesiapa yang nak book villa ni boleh contact no. ni ye 019-3909154 (Wafi/Nor)

1 comment:

  1. Hi, boleh visit villa 827 di A Famosa Resort raya ni :) 5* villa

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete