Friday 28 December 2012

Suri rumah vs ibu bekerjaya...

Assalamualaikum...

Pagi semua..betul ke bila ibu yang bekerja ni akan lebih berisi berbanding dengan ibu yang duduk rumah.senang cakap surirumah la...yang jaga anak sendiri.selalu kita dengar ingat tak penat ke jadi surirumah...ermmm..pada mama dua2 pon sama.jadi surirumah pon penat, jadi ibu berkerjaya pon penat jugak...

Kedua2nya pon tanggungjawab kan.macam mama sendiri, mama bekerja dan anak mama hantar kat baby sitter (jiran sebelah umah jek..hehehe).setiap pagi mama kena bangun awal pagi,nak pam susu.pastu sediakan makanan untuk my baby.mama masak sendiri tau.takut aman kena alahan lagi makan instant food.sian dia..lepas tu nak siap2 untuk pegi keje.mama jugak akan mandikan aman setiap pagi sebelum hantar ke baby sitter (ade lah beberapa kali tak mandikan aman sebab hujan.sian nak mandikan time sejuk2).semua tu mama buat sendiri takde bantuan dari sesiapa (papa pon kadang2 tolong..hehee).

balik keje bukan terus goyang kaki, lepas ambil anak, mama masak untuk makan malam.dalam masa yang sama kadang2 mama basuh baju & kemas2 rumah sekali.bayangkan lah semua dibuat oleh ibu yang bekerja tanpa pembantu.kadang2 terfikir jugak nak berhenti, tapi keadaan ekonomi tak mengizinkan.niat mama cuma nak bantu ringankan beban papa.bukan maksud mama surirumah ni tak bantu suami2 mereka...tapi mereka ni beruntung dapat spend time banyak dengan anak.macam mama ni malam jek lh masa yang mama ada untuk main2 dengan anak.

Pada mama sendiri tak kira lh anda sendiri surirumah atau ibu yang bekerja tanggungjawab tetap sama.anda adalah seorang isteri & ibu..tapi jangan pandang rendah antara satu sama lain sebab semua orang ada perjalanan hidup yang berlainan.cuba hormat antara satu lain.itu lebih baik dari mengatakan diri itu ini..yupp...anda cakap penat,semua ibu pon akan penat.jangan sesekali merungut dengan semua itu.percayalah setiap penat lelah kita tetap akan dibalas dengan pahala dari ALLAH.

No comments:

Post a Comment