Tuesday 23 June 2015

Tips bercuti di pulau

Assalamualaikum

Bersiaran lagi kita hari ni.macamana dengan puasa korang semua?ada yang tuang puasa tak?siapa orang utara tahu lah apa makna tuang tu.tuang tu maksud dia ponteng.ada yang sengaja tuang puasa tak ni..kalau yang bersebab tu dimaafkan lah.kalau yang sengaja tu, sendiri tanggunglh dosa tu ye.puasa setahun sekali je.jadi jangan lepaskan peluang nak kumpul pahala banyak-banyak.

Terus ke tajuk ye.cerita panjang pon tak guna.jom kita ke tips yang aku nak kongsikan di sini.eh..sebelum tu, untuk pengetahuan korang semua ini adalah kali pertama aku pergi ke pulau.kesian kan.hep!! tak payah nak sengeh-sengeh ye.hihi..macam biasa lah bila pertama kali tu, banyak lah benda yang aku kena fikir kan apa yang perlu aku nak bawa ke sana.lagi-lagi ni kali pertama trip ke pulau bersama keluarga kecil aku.apa yang aku kongsikan ni, adalah dari pengalaman aku.aku tak tahu lah korang pula ye.mana yang kurang boleh lah di tokok tambah ye.jangan malu-malu.buat macam rumah sendiri.
  
1. pada yang mudah mabuk laut, sila sediakan plastik ye.mana tahu termuntah ke, dah standy.bawa sekali minyak angin untuk kurangkan rasa mabuk.  

2. Sebelum naik bot/feri, jangan lupa tanya pada pemandu bot sam ada disediakan life jacket yang mencukupi untuk semua penumpang.dan jangan lupa pakai ye..untuk keselamatan juga.untuk yang ada anak kecil tu, extra care anak masing-masing.biasa lah budak-budak ni memang teruja kalau nampak air.sebelum jadi apa-apa perkara yang tak diingini, baik kita berja-jaga kan. 

3. berkenaan dengan pakaian.bawalah pakai yang bersesuaian untuk mandi manda dan pakaian yang mencukupi.jangan korang bawa baju macam nak menetap terus kat pulau tu ye.rasanya korang tak perlu lah bawa baju untuk mandi banyak sangat.keadaan dipulau memang panas.so lepas korang mandi, jemur balik baju tu saja.esok nak mandi boleh pakai balik kan. 

4. bagi yang bawa baby tu, jangan lupa bawa diaper yang mencukupi.kalau tak cukup naya korang nanti.ada yang kena berenang beli kat tanah besar nanti.hihihi..susu pon sama.bawa extra.mana tau kat sana anak korang kuat minum susu.pastu stok susu habis tiba-tiba.baby ni kalau lapar, dia punya nangis suara jaclynn victor pon kalah tau.hahaha.. 

5. korang pon sedia maklum yang pulau ni memang panas.jangan lupa bawa sunblock.jangan bawa je, tapi tak pakai.memang rentung kulit korang kat sana nanti.haha..ingat sapu pada bahagian yang terdedah dengan cahaya matahari seperti muka dengan tangan dahulu.lepas 30 minit baru boleh buat aktiviti luar ye. 

6. bawa sekali sunglass.bukan untuk nampak korang tu kacak atau cun saja.sunglass ni dapat menjaga mata kita dari terdedah dengan cahaya matahari yang terik.sayangilah anugerah Allah.

7. semasa aktiviti snorkeling, pastikan korang pakai life jacket dengan betul.penting tu..pada yang tak pandai berenang macam aku ni.hihi..ngaku tau.kalau nak pergi ketengah laut pastikan bersama orang yang pandai berenang.biasanya orang tak pandai berenang ni selalunya cepat panik.sekurang-kurangnya bila ada orang yang pandai berenang boleh tenang kan kita.dengar arahan dari guider.jangan melawan.kena rotan nanti..hahaha..

Rasanya cukup tu je lah tips yang aku nak kongsikan di sini.kalau ada kurang tu, korang pandai-pandai lh sendiri ye.almaklum lah aku ni first time.so tips pon kira first time juga lah.macam biasa kalau ada apa-apa persoalan korang boleh email je dekat aku kat zuhoney@yahoo.com.


No comments:

Post a Comment