Monday 3 February 2014

Part 1 - Trip to Dubai

Assalamualaikum..

Seperti yg dijanjikan sebelum ni mama nak ceritakan serba sedikit mengenai trip mama ke dubai aritu.semoga perkongsian ni dapat memberi sedikit info pada sesiapa yg nak pergi bercuti kat sana.untuk pengetahuan semua mama pergi ke dubai dgn menaiki penerbangan MAS.kebetulan masa tu MAS buat promotion kesana.so tambang dia kalau tak silap tak sampai RM1200.so jimat kan.hehehe..

HARI PERTAMA

flight mama dari Changi airport dan transit di KLIA.sementara tunggu flight petang utk ke dubai maka cuci lah mata kejap kat sana.nak beli tak mampu.cuci mata jek lah kan.hihi..masa yang dinanti flight kiteorang ke dubai.penerbangan kami ambil masa dalam 7 jam.untuk pengetahuan semua waktu malaysia dan dubai beza dalam 4 jam lewat.waktu sampai kat sane terang lagi.mase tu dalam pukul 7.kalau kat malaysia time tu dah pukul 11 malam.
 
nampak tak muka dah penat duduk dalam kapal terbang lama-lama.


Dubai International Airport.cantik.ala2 padang pasir gitu.


sampai jek terus check in hotel.nama hotel yg  kiteorg tinggal Avari Dubai Hotel.hotel ni terletak di Al-Rigga.boleh jek search kat internet pasal hotel ni & korang akan dapat detail kat situ ye. :D .sampai dah penat..so masuk bilik nak tidur.tapi mood rindu anak masa tu.sedih..:(

hotel yang kami tinggal

HARI KEDUA

- pagi tu kiteorang breakfast kat hotel jek.dah include semua dalam pakej.maknanya selama 4 hari kat dubai, ari2 breakfast kat hotel.so bedal jek lah kan.rezeki jangan ditolak..pastu sambung sendiri.kah..kah..

Antara breakfast yang mama makan.dish sama jek kot kat mana2 hotel kot.

Nampak tak muka beria nak makan.sempat posing.ngeh..ngeh..:P




Dubai Marina

Ikut plan nak ke Palm Jumeirah.tapi sebelum tu kiteorang berjalan-jalan dulu sementara nak tunggu monorail yg nak ke atlantis palm jumeirah tu bukak sambil menikmati keindahan di Dubai Marina ni dulu.nak ke Dubai Marina ni ada banyak cara nak ke sana.sama ada boleh naik metro, taxi atau bas.aritu kami pergi ke sana naik metro aka kat sini macam LRT.kami beli tiket untuk 1 ari.kat dubai marina kita akan dapat tengok banyak bangunan yg cantik dan canggih binaan nya.cuba korang bayangkan banyak bangunan yg mengagumkan kat dubai ni.kat tepi tu banyak lah kapal & bot mewah.maklumlah orang arab ni kaya-kaya kan.

Antara bangunan yg dapat kita lihat di dubai marina
seni binaan yang cantik
abaikan budak gemok ni ae.tengok yg belakang tu jek ok.huhuhu..

 Palm Jumeirah

Lepas dah puas sight seeing dan bergambar  kat dubai marina ni kiteorang ambil teksi untuk ke monorail station.untuk ke Palm jumeirah hanya ada 2 cara samada menggunakan monorail dan naik teksi.so kami pilih untuk naik monorail untuk ke Atlantis palm.


ni gambaran dari atas palm jumeirah.berbentuk pokok kurma


Pemandangan yg kita boleh lihat sepanjang perjalanan ke Atlantis the palm

cantik bangunan ni

projek untuk resot dalam pembinaan

pemandangan di palm jumeirah

ni kawasan rumah dieorang

dekat sini semua adalah rumah dan resort
laut yang cantik..subhanallah

Atlantis dari pandangan luar
canggih betol dieorg ni.nk beli emas guna machine jek.dah mcm atm pulak.

Dubai Mall

Kemudian kami bergerak ke dubai mall.dubai ni antara shopping complex yg terbesar di dunia.memang besar giler..boleh sesat dalam ni.sesiapa yang giler shopping barang-barang branded, ni lah tempatnya.macam- macam jenama dari luar negara yg ada jual kt sini.pendek kata rambang mata lah tengok.mama??tengok jek lah.hihihi...

dalam dubai mall ni ada jugak Dubai aquarium and underwater zoo.ala2 macam aquaria kt KLCC tu.nak masuk kena bayar.lupa pulak harga tiket dia sebab kiteorang tak masuk pon.hehehe..mama dan kawan-kawan ambil gambar dari luar jek.jadik lah kan dari takde.huhu..okey  layan jek gambar ye.

Artifak yg ada di dalam dubai mall

kedai di dubai mall

Pintu masuk nak ke Dubai Aquarium

nampak jelas terumbu karang dgn ikan

nak pose jugak depan ni..



 Burj Khalifa

Tak sah kalau pergi dubai tak pergi sini.kiranya tempat wajib lah.Burjh khalifa ni bangunan tertinggi di dunia buat masa skrg ni la.rasanya akan datang akan ada bangunan lagi tinggi dari ni di China.masih dalam pembinaan kot.

Burj Khalifa ni mempunyai 188 tingkat.lebih 2 kali ganda dari KLCC.untuk naik ke atas bayaran dikenakan AED125.kiteorang dapat naik sampai ke tingkat 124 utk melihat pemandangan sekeliling.mama boleh katakan serius pemandangan di negara arab memang cantik.camana dubai ni dulu hanya perkampungan nelayan dan membangun maju dengan bangunan pencakar langit.kagum dengan keindahan ciptaan Allah.

Burj khalifa dari luar

utk elakkan beratur panjang beli tiket.better book by online.

di tingkat bawah

di tingkat 124

Pemandangan indah tanah arab

takjub dengan ciptaan tuhan

pemandangan dari pelbagai sudut

pose lagi.tak rasa gayat pon.hehe..

dgn bende ni lah kita boleh tengok pemandangan dari arah lebih dekat
ni pemandangan dubai mall dari atas.dubai mall ni berada bersebelahan dgn burj khalifa
Fountain Show

ni yang best dapat tengok fountain show aka pertunjukan air pancut.ni bukan sebarangan show tau.fountain show ni menari-nari mengikut rentak muzik yg dimainkn.fountain show ni dapat kita lihat seawal 6 ptg.pertunjukkan selama 15 minit untuk satu sesi dan setiap 30 minit akan ada show ni lagi.nak tengok show ni free jek.just duduk jek kt tepi dubai mall ni dan dpt lihat show ni.memang cantik sangat fountain show ni.jadi jgn lepas kan peluang nk tgk show yang jarang-jarang ada kat negara kita.

masa ni muzik padang pasir

macam-macam gaya air pancut

air pancut mengikut irama lagu
 

5 comments:

  1. salam brapa tiket naik burj khalifa tu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sy tak berapa igt.klau tak silap lebih dr rm150.boleh check di website burj khalifa.kami order online

      Delete
  2. salam
    awak pegi sendiri ke ikut pakej?
    and susah tak sistem monorail/metro di sana?

    ReplyDelete