Assalamualaikum..
pertama kali mama nak ucapkan takziah pada ahli keluarga anggota polis yang telah terkorban di Lahad Datu.semoga mereka ini ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman.al-fatiha....pergi kerana mempertahankan negara.semalam jek 6 orang telah tekorban.jadi total yang telah terkorban 8 orang kesemuanya.harap pihak kerajaan dapat membantu balu2 semua anggotan polis yang telah terkoban.
sedih bila tengok semua balu2 anggota polis yang terkorban.semoga mereka semua tabah menempuhi masa mendatang tanpa insan tersayang disisi.yang paling menyentuh hati mama, seorang isteri anggota polis berpangkat inspektor yang begitu redha dengan pemergian arwah suaminya.walaupon ketika ini dia sedang mengandung anak ketiga.apa2 pon yang berlaku dia perlu teruskan hidup.menjaga amanah yang ALLAH berikan untuk dia.ni lah kenangan antara dia dan arwah iaitu anak2.begitu tabah..:(
Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.
Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun
berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit
Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti
Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan
Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan
17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20,
Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.
Mendiang ASP Michael
Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak.
Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu
Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah
mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk
disemadikan.
Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun
berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah.
Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun
dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan
di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran,
Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.
Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion
14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt
Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang
masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan
disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
Allahyarham
L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan
bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan
anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang
ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang
dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang,
Klang.
Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal
dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan
seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13,
11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu
15, Jalan Apas, Tawau.
Pemergian perwira-perwira negara ini
akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu,
pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi
azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment