Assalamualaikum.
Akhir2 ni dah banyak kes2 janayah yang kita dengarkan.tak kira lah sama ada jenayah pecah rumah, jenayah samun, jenayah bunuh dan macam2 lagilah...dunia sekarang kan.jenayah dimana2 sahaja.kat sini mama nak share beberapa tips keselamatan yang mama ambil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).tips ini untuk menghalang supaya jenayah dari berlaku.sama2 kite praktikan untuk keselamatan bersam.share2 lah ae dengan semua orang.semoga dapat manfaat dari perkongsian ini..
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).- (ni untuk semua lah..bukan ditujukan untuk anak2 jek.bagi semua ahli keluarga jugak.kalau ramai2 ok lh kot kan.hehehe)
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip
air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan
keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik
terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk
masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).-(yang ni memang perlu hati2.kalau ada rasa curiga baik call pejabat polis yang berdekatan.jangan berani sorang2 jek ae.)
4. Beritahu
anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah
malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.(teringat masa kecik2 dulu.kalau balik kg nenek.toilet die kat luar.bila nak kencing time tengah malam jek mulelah kejutkan orang suruh temankan.hehehehe...seram okey..)
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama).(bahaya jugak kan kalau simpan barang2 kemas ni kat rumah.abes nak simpan kat mane erk..)
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam,
cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita
sentiasa peka).(yang ni memang digalakkan lah.kalau rasa dengar sesuatu yang pelik better bunyikan hon kereta untuk takut2kan penyamun yang ada niat nak pecah masuk rumah korang.tapi janganlah setiap 5 minit korang bunyikan ye.ade kan kena marah dengan jiran2.hihihi)
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.(ni sama jek macam yang kat atas ae)
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah
anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini
naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).(ni bagi surirumah, kalau ada yang datang kat rumah time suami pergi kerja.kalau boleh jangan bagi masuk kalau tiada orang lelaki di dalam rumah.dikuatiri mereka2 ni ada niat yang jahat.even kalau yang jual2 barang tu pon jangan layan sangat.)
9. Pesan dengan jiran,
sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara
anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri
nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada
anda.(yang ni penting sangat.ambil no tel jiran2 anda ye.kalau jadi apa2 terus telefon jiran anda tu)
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi
atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun
sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda
membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di
dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan
999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor
ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut.
Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.(kalau boleh ambil no telefon balai polis yang berdekatan rumah anda.ia bagi mempercepatkan mereka datang kerumah anda andai kata ada berlaku jenayah)
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik
,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi
makan angin.(ni yang selalu mama praktikan kalau takde kat rumah.mama akan still nyalakan lampu samada ada atau takde dirumah)
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa
memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm
mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan
rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat
permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis
buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON
merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru
dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering
sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu
melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan,
sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg
mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya
berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi
tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri
pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah
baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa
terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Sumber: Bukit Aman PDRM
No comments:
Post a Comment