Assalamu'alaikum
Agak lama juga tak update blog ni.mungkin tiada cerita yang menarik untuk diceritakan. jadi diam-diam layan blues..huhuhu..nak kongsi sikit cerita menarik trip aku ke Pulau Tinggi,Johor awal bulan ni.diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit info pada yang ingin bercuti ke pulau.seperti biasa trip ni di 'sponsor' oleh my lovely boss..jadilah ia company trip.pada aku ni lah company trip paling best sebab boleh bawa keluarga.memang happy lah si kecik tu.dapat mandi manda sampai lebam.
Okey cukup dengan ayat pembukaan yg panjang lebar tu.jom aku share serba sedikit tentang Pulau Tinggi.Pulau Tinggi ni terletak di Mersing,Johor. pulau ni rasanya sudah lama cuma belum berapa popular seperti pulau sibu.tapi pulau ini aku boleh katakan memang cantik sangat.air yang jernih, pasir yg putih bersih challet yg cantik.memang jatuh cinta lah dengan pulau ni.
Perjalanan kami ke sana dengan menaiki feri.ada juga disediakan bot laju bagi yg pergi dalam kumpulan kecil.perjalanan dengan bot mengambil masa 40 minit sahaja untuk sampai ke pulau.dengan feri pula ambil masa dalam 1 jam 30 minit. agak lama sikit jika nak dibandingkan dengan bot.kami memilih feri disebabkan kami pergi dalam kumpulan yg agak besar iaitu lebih 40 orang.jadi feri adalah pemilihan yang paling sesuai dan lebih selamat untuk kanak-kanak.untuk perkhidmatan feri/bot perlu naik dari jetty Tanjung Leman.untuk pengetahuan semua pulau ni dibawa jagaan taman laut dan taman negara.sebelum naik feri/bot anda perlu membayar fee kepada kedua jabatan ini ye kawan-kawan.
Keadaan di dalam feri |
Pemandangan chalet dari jetty |
![]() |
pantai yang super cantik..masyallah |
Sampai je dah tengahari.memang masa untuk makan tenghari.untuk pengetahuan korang main building di resort ni under construction.dengar cerita dari staff kat situ, bangunan terbakar.jadi terpaksa buat building yg baru.so lunch kami di tepi pantai.syok wooo...makan sambil menikamati keindahan ciptaan Allah.
![]() |
makan sambil menikmati keindahan pantai yang cantik |
![]() |
mak bapak makan, anak-anak dah lari main tepi pantai |
Aktivit petang kami pergi jungle trekking di kawasan hutan berdekatan.untuk aktiviti ni aku tak join sebab jaga anak tidur.cuma en.suami je yang pergi.hanya gambar je yang dapat aku tengok.sedih kan.sob..sob..untuk jungle trekking ni pihak resort sediakn 2 orang guider untuk bawa kami menjelajah hutan.semua diwajibkan memakai kasut.untuk keselamatan.kanak-kanak yang terlalu kecil tidak digalakkan untuk turut serta.en.suami cakap hutan kena panjat bukit-bukit semua.memenatkan sikit.so untuk anak kecil memang tak sesuai untuk aktiviti ini.
![]() |
Ketika aktiviti jungle trekking dijalankan |
![]() |
kolam air terjun.kat sini dah lama tak hujan.kolam ni agak kering sedikit.dan tiada aliran air terjun dari atas |
![]() |
Sesi panjat memanjat.tiada aliran air terjun. |
![]() |
Tengok mak-mak yang terlebih gembira.hihi |
![]() |
lepas mandi laut, kita mandi swimming pool.memang mandi sampai lebam |
![]() |
BBQ di tepi swimming pool |
![]() |
Sakan en.suami berkaraoke yee..layan lagu rock ni. |
Hari esok nya, kami melakukan aktiviti snorkeling.segala kelangkapan snorkeling disediakan oleh pihat resort.yang paling penting life jacket.kami di bawa ke sebuah pulau kecil yang berdekatan untuk melihat ikan dan terumbu karang yang lebih cantik.
![]() |
Bersiap untuk snorkeling |
![]() |
tengok budak kecik yang excited nk bersnorkeling |
![]() |
pemandangan dari dalam laut |
kelong Sultan Johor.masih dalam pembinaan |
Ikutkan banyak lagi gambar yang nak tepek kat sini.takut semua naik muak nk tengok.huhuhu..apa pon trip ke Pulau Tinggi ni memang best sangat.hilang stress bila bangun pagi dapat dengar deruan ombak dengan menikmati keindahan pantai yang masih tak tercemar.Insyallah kalau ada duit lebih rasanya memang nak datang kat sini lagi.pekerja yang ramah tamah memang kita rasa macam dah lama kenal je.terima kasih untuk boss yang sudi sponsor percutian ni.next year boleh buat lagi macam ni.hihihi..siapa yang nak tips percutian ke pulau ni.sila angkat tangan!!! kalau ada yang nak, akan diusahakan ye..bye.bye...
boleh tahu tak stay dekat resort apa and dia punya rate
ReplyDeletesy stay dekakt TAD marine resort.rate ikut bilik yg kita ambil & pilih.boleh pergi ke website yg sy ada bg link kat atas
DeleteExcuse me. Boleh tahu tak berapa rm pakej yang diambil?
ReplyDeletelawanya. tq untuk perkongsian. nak pergi minggu depan hehehe
ReplyDeletewow tak sabar pi sana....
ReplyDeleteBerapa Harga ticket feri pergi balik
ReplyDelete