Assalamualaikum..
baru-baru ni kita digemparkan mengenai seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang meninggal dunia akibat ditinggalkan di dalam kereta lebih dari 5 jam.semua pon dah sedia maklum mengenai kes ini.kat sini mama tiba-tiba terpanggil nak ulas mengenai benda ni.yup..ramai yang akan salahkan si ibu.betul tak???sebab perkara ni berlaku disebabkan kecuaian ibu.sebab masa tu si ibu yang terlupa perihal anak yang ada di kerusi belakang kareta gara-gara terkejar-kejar untuk menghadiri mesyuarat.
selepas kerja semua selesai, dia pon kembali ke kereta dan dapati dia dah terlupa anak yang tertinggal di dalam kereta.sepatutnya dia hantar anaknya ke rumah pengasuh.tapi segalanya telah tertulis.si ibu mula diuji oleh ALLAH.terus tesentap jantung, bila melihat keadaan anak yang kebiruaan yang tak sedarkan diri.Ya ALLAH sungguh berat dugaanMu ini pada si ibu.pada ketika hanya air mata saja yang dapat menggambakan betapa rasa bersalahnya pada si anak.
rakan-rakan yang berada disitu terus memberi pertolongan dengan membawa anak kecil tu ke klinik berhampiran dan doctor mengesahkan si anak sudah pergi menghadap yang Maha Esa..lagilah meruntum hati si ibu bila doctor memberitahunya yang anaknya dah tiada lagi.Allahuakhbar...tiada kata yang dapat diperkatakan lagi.dikala ibu ni sedih diatas kehilangan anak tersayang, dia dihujani dengan pelbagai kata-kata yang penuh sinis dan makian yang menyalahkan dia atas kematian anaknya.
kanapa lah ada manusia yang sebegini rupa.sesedap rasa menunding jari menyalahkan si ibu tanpa mengetahui perkara yang sebenar.perlukah kita melontarkan kata-kata yang hanya menjatuhkan manusia lain.cuba letak diri kita sendiri ditempat beliau, apa yang kita sendiri rasa.sudah semestinya akan merasa terlalu down dan perasaan terlalu bersalah menghantui diri.tak kasihan ke pada beliau.dah lah kehilangan anak, lepas tu terpaksa menerima pelbagai kata-kata negatif yang boleh membuatkan dia separuh gila???
mama pon seorang ibu..ibu mana yang mahu lihat anak sendiri yang dikandung lebih 9 bulan pergi dalam keadaan penuh tragis begitu..cuba bagitau mama..hanya ibu yang tak waras dan berhati syaitan sahaja sanggup bunuh anak sendiri.cukuplah menyalahkan si ibu, kerana dia pon tidak tahu percaturan hidupnya sebegitu rupa.segalanya caturan ALLAH.ALLAH memilih dia untuk menempuhi semua ni.ALLAH tak kan menguji hambaNya diluar kemampuan manusia itu sendiri.maknanya anda mampu walaupon perit untuk menerima.sepatutnya kita yang mempunyai akal fikiran untuk berfikir, ambil iktibar dari apa yang telah berlaku.
untuk si ibu, kuatkanlah semangat.anak anda pasti akan sedih melihat anda bersedih sebegini.percayalah dia tak kan salahkan anda dengan apa yang telah berlaku.ni semua kehendak ALLAH.setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.pasti semua perkara akan berjalan dengan baik.pada ahli keluarga lain terutama suami, berikanlah semangat untuk isteri anda bangkit dari apa yang telah berlaku.ALLAH memilih anda dalam perkara ni bagi memberi pengajaran untuk manusia lain.ALLAH tak pernah kejam pada hambaNya.percayalah..pada adik Nawal Irish, damailah kamu disana menjadi bidadari syurga.nantikan ibu dan ayahmu disana.al-fatiha..
No comments:
Post a Comment