Assalamualaikum
Rasa masih tak terlambat mama nak ucap takziah pada En.Abil yakni pemilik blog http://abil4fauziah.blogspot.com yang telah kehilangan isteri kesayangan semalam Kak Gee.kalau tak silap mama first time tahu kisah mengenai pasangan ini, mama tengok kat rancangan wanita hari ini.masa tu apa yang mama boleh cakap, memang kagum dengan pengorbanan seorang suami yang sanggup berhenti keje setelah berkhidmat selama 11 tahun semata-mata ingin menjaga isteri tersayang.
sesiapa pon yang melihat akan tersentuh hati termasuklah mama.zaman sekarang ni memang jarang kita dengar suami sanggup berkorban seperti En.Abil ni.bukan takde, tapi kurang lah.kalau isteri yang berkorban menjaga suami semasa sakit ramai lah kita dengar.ni semua asam garam kehidupan.ada masa kita sakit, ada masa kita sihat, ada masa kita susah dan ada masa kita senang.jadi semasa kita tempuh semua tu, anggaplah semua ni ujian yang berikan pada kita.sejauh mana kita redha dengan segala yang menimpa.
pada mama suami-suami kat luar sana jadikanlah EN.Abil ni sebagai contoh suami mithali.menerima isteri dalam apa jua keadaan.berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk isterinya.memang sukar, tapi percayalah ada hikmah disebalik kejadian.mama pon harap papa dapat jadi seperti ni.menerima mama dalam apa jua rupa dan bentuk.dan mama pon akan cuba berlaku sama untuk papa.Insyallah..semoga ALLAH sentiasa melindungi kita.
Kepada En.Abil, bersabarlah dan tabahkan hati..sesungguhnya ALLAH lebih sayangkan Kak Gee.dari Dia kita datang dan dari Dia juga kita pergi.semoga arwah ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.Insyallah...mama kongsikan beberapa keping gambar mereka yang mama ambil dari blog En.Abil.memang mereka ni pasangan yang romantis.betapa sayangnya En.Abil pada kak Gee kita boleh lihat di coretan blog En.Abil.Al-fatiha...
ni gambar ketika kak gee masih sihat.cantik kan.. |
walaupon ketika sakit, Abil tak pernah lupa memberikan ciuman kasih sayang pada isterinya.sweet.. |
No comments:
Post a Comment