Wednesday, 6 February 2013

Pray for adik Adam Shukri..

Assalamualaikum...

Mesti ramai yang sudah tau kisah adik adam ni.mama pon sentiasa mengikuti perkembangan adik adam ni sejak cerita  pasal adik adam ni tersiar di MHI.first time mama tengok mama adam ni kat MHI, memang air mata ni berjurai2 tak dapat nak tahan sedih bila tengok keadaan adik adam ketika tu.iyelah...ibu mana yang nak tengok anak dia menderita kan.lagi2 adik adam ni.memang sangat2 sedih bila lihat keadaan dia masa tu.kesian bila anak sekecil adam tu diuji sebegitu rupa.tapi semangat adam sangat kuat..memang mama sangat kagum.semangat mama adam pon kuat untuk lihat adam sihat..memang tabik spring untuk mama adam ni.

Entahlh..kalau semua ni terjadi kat mama, mama sekuat mama adam tak.iyelah..hanya seorang ibu jek yang akan faham isi hati ibu lain..mana tak sedih bila lihat anak yang dikandung 9 bulan, sihat sempurna sepanjang tempoh kandungan.tiba2 lahir ada sedikit komplikasi yang berpunca dari pihak hospital.yang paling sedih bila tengok anak berselirat dengan wayar2.memang meruntum hati sedih.hanya ALLAH jek yang tahu apa yang ada dalam hati mama adam ni.benda nak jadi kan.tak boleh nak salah kan sesiapa.semua ni takdir ALLAH.sesungguhnya rancangan ALLAH lebih baik dari perancangan kita.

Terigat mama masa dalam pantang lahirkan aman dulu, tok abah iaitu abah mama lah ada terpanggil aman dengan nama adam.masa tu mama belum tahu lagi kisah adik adam ni.bila keluar kisah adik adam ni, mama teringatlh panggilah tok abah kat aman masa baby dulu.aman dengan adam pon sama umur.cuma adam lahir bulan 3,dan aman lahir bulan 6.bila tengok gambar adam, dia ni anak yang comel jek mama tengok.kt wajah dia penuh ketenangan,walaupon didalam tiada siapa yang tahu.hanya ALLAH jek yang tahu..

semalam mama ada tengok kat FB adam ni, mama adam update yang keadaan adik adam sekarang ni makin kritikal akibat jangkitan kuman yang teruk kat paru2 dia.Masyallah...memang berat dugaan pada adik adam ni.doc cakap oksigen adam semakin kurang.mungkin takda harapan untuk adik adam.sebak hati mama bila terbaca status mama adam.apa yang mama boleh buat, cuma berdoa untuk adam.semoga ALLAH memberi sinar untuk adam.jika ada kesembuhan berikanlah untuk adik adam ni.semoga mama & papa adam ni banyakkan berdoa mohon pada ALLAH.

Ni gambar adam yang mama ambil dari FB adam syukri.
Ni gambar adik adam beberapa jam yang lalu.
 Ni status terbaru dari mama adam,
"Assalammualaikum..salam sayang dari adam buat semua..kepada semua yg mndoakan adam trima ksih bnyk2..utk pengetahuan semua keadaan adam makin tenat dan harapan amat tipis skli.keadaan paru2 adam mgalami jgktn kuman yg agak teruk.spnjg mlm nmpk perubhn adam makin merosot dan oksigen adam makin bkurangn..kepada uncle n anty yg ingin melawat adam saya izinkan semua melawat adam.doktor mgatakan tidak pasti adam dapat btahan brpa lma lg krn spnjg mlm oksgn adam mkin trun ke paras 33% dan adam tpksa dibg ubat utk naikkn tknan jantung..anggota badan adam makin berubah warna dr biasa..minta semua doakn adam..amin".

Ya ALLAH...berikanlah kesembuhan pada adam.berikanlah kekuatan untuk anak ini untuk terus hidup.Kau berikanlah sinar untuk anak ni.Sesungguhnya hanya padaMu kami memohon Ya ALLAH.hanya dengan keajaiban dariMU sahaja yang kami harapkan.kasihanilah anak dan ibu bapanya.berikanlah kegembiraan pada mereka.Aamin..
 

No comments:

Post a Comment