Salam..
Terasa cepat jek masa ni berlalu.mama rasa macam baru semalam jek mama lahirkan hero mama.mana tak nya terngiang2 rasa sakit masa nk lahirkan dia.hanya ALLAH jek yang tahu.dalam lubuk hati mama masa tu, macamana lh rupa anak mama masa tu.boleh ke mama jadi mama yang baik untuk anak mama.macam2 bermain kat kepala mama walaupon sakit bersalin tu tiap masa semakin kuat.mama hanya mampu berdoa supaya semua urusan dipermudahkan.Syukur Alhamdulillah...ALLAH makbulkan doa mama & papa.Segala urusan kelahiran hero mama semua berjalan lancar walaupon masa tu da overdue.sapa tak risau kan bila da overdue ni kan,macam2 rasa ada.mungkin baby mama ni nak keluar hari bapa jugak kot.iyelah da ari2 papa cakap "baby keluar ari bapa ae...kira baby ni hadiah untuk papa tau".gulpp...betol2 dia keluar hari bapa okey..huhuhu....baby...baby...luv u tau..:-*.
Cop..cop..terlebih sudah intro kan.hihihi...biasa lah bila da jadi mak-mak ni, kalau da bukak cerita pasal anak memang panjang melalut.tadi mama ada terbaca lah kt facebook mengenai perkara berubah bila kita sudah ada anak.mama just nak share jek lah.mana lah tau korang pon hadapi benda yang sama kan.bila mama baca tadi memamg semuanya betol2 belaka.siap senyum sorang2 lagi.nasib baik takda orang nampak kan..:D.okey cakap banyak tak guna.jom baca kat bawah ni ae.mama share dari sumber facebook.
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam
hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan
tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh
kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak
perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang
menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4
pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak
mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
hehe..mesti korang senyum sorang2 kan.seronok kan bila da ada anak..:D ..bye..bye..
No comments:
Post a Comment